17,149,511 total views, 815 views today

Dugaan Bila Nak Dekat Dengan Majlis Perkahwinan

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

setelah 2 bulan berkahwin
Bro baru-baru ini ada kongsikan beberapa dugaan yang dihadapi oleh bakal pengantin bila nak dekat dengan majlis perkahwinan mereka di laman sosial.

Kali ini, Bro kongsikan di blog dengan huraian ringkas dan padat. Harap mampu memberi manfaat kepada bakal pengantin.

Tapi tak semua dugaan ini anda akan hadapi. Ini based dari apa yang pernah Bro dengar dan hadapi

Antara dugaan yang mungkin bakal pengantin dihadapi :-

  • Duit tak cukup tertiba : Walaupun anda sudah buat perancangan awal dalam pengurusan belanja, pasti ada yang terkurang bila nak dekat dengan tarikh majlis. Contoh : kereta rosak etc.
  • Kerja pula tiba-tiba bertambah banyak  dan perlu disettlekan sebelum cuti kahwin : Lebih-lebih lagi, kerja ini hanya anda sorang sahaja yang uruskan. Tiada rakan kerja yang boleh ambil alih tugas anda.
  • Orang katering buat perangai : Lain yang kita mintak, lain yang dia buat. Belum lagi yang tiba-tiba batallast minit sebab kita gagal nak hulurkan deposit seperti yang diminta.
  • Baju pengantin ada masalah : Terutama yang disewa, lain yang diukur, lain yang diadjustnya. Tertiba ada part yang sendat atau tak padan dengan tubuh badan.
  • Kekasih lama datang kembali : Dan-dan time ini, dia nak datang balik. Merayu nak kita kembali kepada mereka.
  • Bakal pengantin tiba-tiba menghilang he…23x

Semua benda ini gua pernah alami,

Kecuali part yang last tue. Akan datang tak tahu la kan he…23x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Dugaan Bila Nak Dekat Dengan Majlis Perkahwinan

    1. Ingat nak kahwin nie senang ke?

  1. haha..

    kalau last tu jadi..tak tahu la nak kata apa..

    1. Tapi ada je kes macam. Bakal pengantin kali kedua menghilang ke Thailand untuk nikah lagi satu he..23x

  2. bakal pengantin tiba-tiba menghilang..hehe. terkedu

  3. Huiii,kekasih lama datang kembali pun termasuk dalam senarai ke? Ok, part yang last tu sadis.. Pengantin hilang? Omai! Matilah nakkkk… Haha!
    Rosmiza Ali Official Blog™

    1. Memang ada banyak kes kekasih lama datang kembali..

  4. Tang kekasih lama datang kembali tu Ustaz Don pernah beritahu kami. Dahsyat sungguh dugaan-dugaan ini.

    1. Kes macma nie mamg ada… Tapi itu la, bergantung pada diri kita sendiri untuk elak atau tidak

  5. gua pun ada juga kisah dugaan beberapa sebelum kahwin

  6. Yang last tu kalau bro buat sampai sekarang bro tk kawenlah jawabnya..huhu

  7. Alhamdulillah yaya dulu smooth je sume nye..hehee
    jom BW blog yaya..khas utk mereka yg bakal berkahwin..

    http://eddyayaharraz.blogspot.com/2014/09/set-hantaran-dan-offer-menarik.html

    1. Kalau nak kahwin lagi boleh BW blog yaya gak ke?

    2. amboiiii broooo..berani ke?kekekeke

Leave a Comment