March 29, 2024

Dollah Superstar Filem Komedi Gangster Arahan Kabir Bhatia

Dollah Superstar
Pengarah terkenal, Kabir Bhatia yang pernah hadir dengan Filem Sepi, Setem dan Nur Kasih hadir dengan filem terbarunya yang bergenre komedi Dollah Superstar.

Ianya menampilkan Awie sebagai peneraju utama bersama Fizz Fairuz, Sharnaaz Ahmad dan Neelofa dan bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Oktober depan.

Lakonan selamba Awie dalam filem ini serta penampilannya sebagai gangster berpakaian t-shirt ‘pagoda’ yang mempunyai minat terpendam dalam bidang lakonan sudah pasti cukup untuk menggeletek hati penonton.

Menurut Khabir Bhatia,

‘Dollah Superstar’ merupakan sebuah filem gangster yang berbeza berbanding filem-filem samseng yang pernah ditayangkan dan filem ini juga diinspirasikan menerusi sebuah filem di negara India.

Sinopsis Filem Dollah Superstar

Poster Dollah SuperstarDollah Rimau (Awie),

Seorang gangster veteran yang memendam impian untuk menjadi seorang pelakon.

Beliau amat tidak berpuas hati dan bosan bila menonton lambakan filem gangster dipasaran yang sedikit pun tidak mengambarkan dunia sebenar gangster.

Sehinggakan pada satu hari, Dollah melakukan rompakan yang melibatkan seorang pelakon popular yang bermasalah, Shah Dazzle (Sharnaaz Ahmad).

Shah Dazzle amat tertarik dengan perwatakan Dollah yang sungguh gangster sehingga memintanya menjadi mentor untuk sebuah filem aksi lakonan beliau.

Ini kerana Shah Dazzle gagal membawa watak utama sebagai gangster dan meminta Dollah mengajarnya menjadi gangster.

Dollah merasakan ini merupakan peluang keemasan untuk beliau memasuki dunia lakonan.

Dollah Superstar

Namun di lokasi penggambaran, Dollah bermula sebagai pelakon tambahan berjaya menenggelamkan watak bintang utama filem tersebut menggunakan kesamsengannya hingga pelbagai masalah timbul dan pembikinan filem itu menjadi huru-hara.

Penggambaran filem itu terbengkelai di tengah jalan dan Dollah telah dipersalahkan.

Bagaimanapun Dollah berasa bersalah dan membuat keputusan untuk memperbaiki keadaan dengan satu-satunya cara yang dia pakar… Cara gangster.

Review Bro Framestone tentang Filem Dollah Superstar

Dollah Superstar

Seperti yang kita pernah maklum,

Sentuhan Kabir Bhatia tidak pernah mengecewakan kita. Bagaimanapun, Filem Dollah Superstar keluar dari kebiasaan yang beliau biasa lakukan.

Bukan sesuatu yang mudah untuk menyuntik element komedi yang memerlukan anda berfikir sejenak sebelum ketawa. Ada sesetengah komedi itu agak keterlaluan, tetapi Kabir menafikan ianya merujuk pada industri perfileman dan artis di Malaysia.

Tidak boleh dianggap sebagai filem aksi,

Maka tiada aksi ganas atau keterlaluan digambarkan membuatkan ianya sesuai ditonton seisi keluarga dan keluar dari tekanan kehidupan.

Penampilan istimewa dari beberapa orang artis menghidupkan lagi jalan cerita.

Antara artis yang membuat kemunculan istimewa adalah Afida S, Datin Umie Aida, Beto Kusyairi, Nadiya Nisaa dan Cico Harahap.

Lagu Tema Filem Dollah Superstar

Lagu tema filem merupakan gandingan suara Awie bersama RJ dan Ahmad Ahmad bertajuk Formula Popular Dollah Superstar hasil ciptaan Pacai.

Filem Dollah Superstar akan mula ditayangkan di pawagam berhampiran anda bermula 2 Oktober 2014.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Dollah Superstar Filem Komedi Gangster Arahan Kabir Bhatia

  1. aku minat lakonan awie sejak dari filem zombi kampung pisang..lakona dia memang selambe..dan kabir bahtia pula aku minat dengan filem sepi dan setem tu..sebab filem dia selalunya akan bawa kelainan dari sudut angle camera..selalu shoot sudut pandagna yang sedap mata memandang

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *