17,148,762 total views, 66 views today

Sertai Kempen ‘Secret To A Smile’ Dan Menangi Nissan Almera

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Kempen Secret To A Smile
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta Nissan Almera dengan menyertai kempen ‘Secret To A Smile’ anjuran Super Food Marketing Sdn Bhd (SUPER), pengeluar kopi larut terkemuka di Malaysia.

Anda juga berpeluang untuk menangi Samsung Galaxy S5 dengan hanya menonton video ‘Secret To A Smile’ di Youtube yang menampilkan Izzue Islam dan Yana Samsudin sebagai agen perisik yang ditugaskan untuk mengintip rahsia Produk Super yang mampu membuat masyarakat tersenyum.

Duta Produk Super – Izzue Islam dan Yana Samsudin

Untuk menjayakan kempen ini,

Pihak Super Food Marketing Sdn Bhd telah melantik pelakon dan pengarah Yana Samsudin serta pelakon dan penyanyi Izzue Islam sebagai duta jenama selama tiga tahun.

Kempen Secret To A Smile

Perlantikan duta jenama ini merupakan misi ‘rebranding’ untuk mengukuhkan legasi SUPER sebagai salah satu jenama pengeluar kopi larut yang terkemuka di tanah air dan pada masa yang sama menguasai pasaran baru.

Sebagai permulaan,

Mereka berdua akan membintangi kempen SUPER ‘Secret To A Smile’ yang disiarkan di semua platform media bermula dengan 6-episod siri video online yang akan ditayangkan di YouTube mulai 1 Ogos.

Dalam siri ini, Yana dan Izzue akan memegang watak ejen rahsia dalam misi untuk mengetahui rahsia disebalik senyuman semua warga Malaysia.

Kempen Secret To A Smile

Secret To A Smile

Pengembaraan Yana dan Izzue menjanjikan pelbagai aksi dan komedi. Bro sendiri pun tergelak bila menontonnya.

Siri ‘Secret To A Smile’ amat interaktif dan menggalakkan penonton untuk menonton dan menyertai kisahnya.

Penonton dapat memilih pengembaraan untuk Yana dan Izzue semasa mereka meneroka gudang berteknologi tinggi SUPER untuk mengetahui rahsia dan cara pembikinan kopi asli dan aromatik SUPER.


Sambil menonton,

Anda berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah yang menarik yang digunakan sendiri oleh Yana dan Izzue sepanjang menjalan misi.

Anda hanya perlu klik pada anotasi pada video dan menurut arahan pertandingan dan hantar penyertaan mereka melalui Facebook app SUPER. Bukti pembelian tidak diperlukan.

Antara hadiah yang ditawarkan :-

  • 1x Jawbone Mini Jambox Speaker
  • 1x Canon Digital Camera
  • 3x Converse Backpack
  • 1x Samsung Galaxy S5
  • 1x Ray-Ban Sunglasses
  • 1x G-Shock Couple Watch Set

Menonton di Youtube sahaja dah boleh menang hadiah seperti ini.

Kempen Secret To A Smile

Sempat lagi bergambar dengan Duta Produk SUPER – Izzue Islam (saja nak bagi korang jeles sekejab)

Kontest Secret To A Smile

Sempena pelancaran kempen SUPER Secret To A Smile akan memulakan promosi seluruh negara di mana anda berpeluang memenangi:

  • 1x Nissan Almera
  • 10x Samsung Galaxy S5
  • 50x SUPER Hamper worth RM100

Kempen Secret To A Smile
Untuk menanginya, anda hanya perlu:

  1. Beli barangan SUPER yang bertanda dengan stiker promo ‘‘The Secret to a Smile’. Setiap pak mengandungi satu Kod Rahsia unik.
  2. Layari www.facebook.com/supermalaysia dan ‘Like’ laman kami. Di app ‘The Secret to a Smile’ saksikan web video ‘The Secret to a Smile’.
  3. Jawab semua soalan di Facebook atau borang pernyertaan dengan betul. Borang penyertaan boleh didapati di pasaraya utama. Hantarkan borang penyertaan bersama nombor Secret Code. Setiap Secret Code hanya sah untuk satu penyertaan. Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan.
  4. Peserta hendaklah menyimpan kad Secret Code sebagai bukti pembelian kerana diperlukan untuk penebusan hadiah.

Lawati laman Facebook Super Malaysia untuk maklumat lanjut di: https://www.facebook.com/supermalaysia

Terlepas Samsung Galaxy S5

Kempen Secret To A Smile

Sewaktu majlis pelancaran kempen Secret To A Smile ini, Bro dikehendaki menyertai kontest yang mereka anjurkan khas buat media dan wartawan.

Terdapat beberapa soalan yang perlu Bro jawap berdasarkan klu-klu yang sedia ada disitu. Mungkin bukan rezeki Bro untuk menangi hadiah utama berupa Samsung Galaxy S5.

Bagaimanapun, majlis ini amat meriah dengan kehadiran artis dan pihak pengurusan Super Food Marketing Sdn Bhd yang sporting. Buat kami tak rasa kekok untuk bergelak ketawa sepanjang majlis ini berlangsung.

Tahniah.

Eh, jangan korang lupa pula untuk menyertai kempen ‘Secret To A Smile’ ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Sertai Kempen ‘Secret To A Smile’ Dan Menangi Nissan Almera

  1. Patut ada keluar di Buletin Utama Tv3 tadi.

    1. Jangan lupa sertai contest yang mereka buat 🙂

  2. Menarik hadiah yang ditawarkan… Tiba-tiba rasa teringin nak pakai kereta Nissan… 😉

    1. Eheemmmm kalau dapat free, Bro pun nak juga 🙂

  3. hadiah memang superb belaka…

    1. Hadiah dah superb dah.. Jangan lupa join pula nanti

  4. bestnya kalau dapat hadiah tu semua

    1. Tak boleh la nak dapat semua hadiah itu. Kecuali jika menang kesemua sekali hadiah yang ditawarkan. Apa kata join, menang hadiah bagi bro la la la

  5. camne nak join yang bukti bembelian x d perlukan??anotasi yang mne 1?

Leave a Comment