You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Senyum – Menyerlahkan Aura Positif Pada Orang Lain

Senyum – Menyerlahkan Aura Positif Pada Orang Lain

Senyum - Aura Positif
Senyum, salah satu cara menyerlahkan aura positif dalam diri kepada orang lain.

Tetapi masih ramai tidak mengamalkannya.

Bukan susah pun nak ukirkan senyuman pada raut wajah kita. Cuma kita sendiri yang susah nak tersenyum

Seperti mereka sedang memikul beban yang berat sehinggakan senyuman yang manis itu agak sukar dipamerkan. Sebab itu, Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata bahawa “Senyum kepada saudaramu adalah sedekah”.

Kenapa Bro katakan senyum itu mampu menyerlahkan aura positif dalam diri?

Ini kerana senyuman boleh mengambarkan seseorang itu mempunyai tanda keyakinan diri, tanda persetujuan atau sebagai tanda kebahagiaan.

Boleh nampak jelas perbezaan senyuman postif berbanding senyuman negatif – senyuman sinis atau senyuman yang dibuat-buat (Bro pernah jumpa manusia yang hanya tahu senyum macam ini)

Tetapi, ada juga yang hanya manis senyumannya dihadapan kamera (terutama time selfie tapi tak buat duck face).

Iftar Bersama Blogger 2014 - Photobomb

Bila kita sentiasa senyum, insya’lah kita lagi mudah didekati.

Ia juga membuat orang lain selesa untuk berada berdekatan dengan kita. Ini kerana terasa aura positif dalam diri kita tersebar dan mereka menerimanya.

Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila muka seseorang itu masam.

Ia juga merangsang pengeluaran endorphins (sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh otak untuk mengurangkan rasa sakit).

broframestone pengantin berarak tol johor

 

Bicara Bro : Bro dulu dari zaman sekolah sampai ke zaman U. Memang tak lokek senyuman pada muka. Mungkin sebab itu, ramai yang lebih selesa dengan Bro kot.

Cuma bila sudah berkerjaya, bebanan kerja, tanggungjawab bertambah. Memang susah nak nampak Bro tersenyum (kalau korang nampak itu, kira bertuah la. Tapi kalau korang nampak bro senyum dibuat-buat itu, nasib korang la ek).

Harap setiap hari boleh tersenyum macam dulu.

Dan mampu berikan aura positif pada orang lain. Ada sesiapa sudi berikan aura positif pada Bro tak?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

6 thoughts on “Senyum – Menyerlahkan Aura Positif Pada Orang Lain

Leave a Reply

Top