You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Sekuel Ke-4 Adnan Sempit Sawadikap

Sekuel Ke-4 Adnan Sempit Sawadikap

Adnan Sempit Sawadikap
Adnan Sempit kembali lagi untuk menghiburkan anda hari raya ini dengan Adnan Sempit Sawadikap yang akan memulakan tayangan 7 Ogos ini, satu-satunya filem Malaysia yang berjaya diterbitkan sehingga sekuel keempat.

Menurut kejayaan cemerlang Adnan Sempit, Adnan Sempit 2 dan Adnan Sempit 3 yang berjaya mengaut kutipan pecah panggung antara RM4 sehingga RM9 juta membuktikan Adnan Sempit mempunyai kelompok pengikut tersendiri.

Masih mengekalkan barisan pelakon asal sejak sekuel pertama hingga keempat membariskan Shaheizy Sam sebagai Adnan, Intan Ladyana (Nadia), Along Cham (Bobby) dan Yana Samsudin (Wawa).

Adnan Sempit Sawadikap

Filem arahan Ismail Bob Hasim turut menampilkan pelakon dari Thailand – Lalisa Sontirod dimana 95% pengambaran diadakan di Bangkok, Thailand.

Menurut Along Cham (sewaktu Bro bersembang dengan beliau)

Beliau sendiri hadapi masalah untuk berkomunikasi sewaktu pengambaran disana. Nak cakap melayu, mereka tak faham. Kalau cakap english, mereka tidak beberapa fasih. Hanya bahasa badan mampu membantu beliau disana.

Sinopsis Adnan Sempit Sawadikap

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan dan isterinya, Nadia bersama anak mereka mahu ke Bangkok atas urusan kerja sambil bercuti. Lalu mereka mengajak sahabat baik mereka, Bobby dan isterinya, Wawa ke sana.

Malangnya, pasport Nadia dan Wawa tercicir pula ketika sampai di lapangan terbang menyebabkan mereka tidak dapat ‘terbang’ ke Bangkok.

Adnan Sempit Sawadikap

Bagaimanapun,

Itu sebenarnya rancangan Nadia yang mahu berehat daripada menjaga bayinya dan ingin menghabiskan masa sebagai single lady.

Manakala kes keciciran pasport Wawa pula, merupakan rancangan Bobby yang sengaja menyembunyikan pasport itu kerana mahu enjoy di kota terkenal itu tanpa dikawal oleh Wawa.

Maka, Nadia dan Wawa menggunakan masa ini untuk meluangkan masa bersama tanpa perlu fikir pasal bayi dan suami mereka. Isteri perlu juga bercuti dan berehat.

Adnan Sempit Sawadikap

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bang-kok,

Semuanya menjadi kecoh kerana kecuaian Adnan yang menyebabkan bayinya hilang. Adnan percaya bayinya itu diculik oleh satu sindiket sehinggalah mereka bertemu Nok (Lalisa Santirod). Adnan yakin wanita Thailand itu yang bertanggungjawab menculik bayinya.

Sejak itu pelbagai dugaan terpaksa mereka hadapi sepanjang berada di Bangkok dalam cubaan mendapatkan bayi itu semula.

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan Sempit Sawadikap

Adnan Sempit Sawadikap

Siapakah sebenarnya Nok?

Dan kenapa Nok melarikan diri bersama bayi dari Adnan dan gangster disana? Adakah Adnan dan Bobby terselamat daripada ancaman gengster?

Semuanya bakal terjawab pada 7 Ogos ini melalui Adnan Sempit Sawadikap.

Review Adnan Sempit Sawadikap dari Bro Framestone

Pertama kali, Bro ingin ucapkan tahniah kepada MiG atas kejayaan menghasilkan filem sekuel ke-4 Adnan Sempit.

Pemilihan Thailand sebagai lokasi pengambaran, membawa suasana berbeza sedikit berbanding filem sebelum ini. Dengan penampilan pelakon dari Thailand sebagai heroin.

Adnan Sempit Sawadikap
Kewujudan watak Nadia dan Wawa kurang menyerlah dan kurang memainkan peranan penting dalam memantapkan jalan cerita.

Malangnya tidak banyak perkara positif tentang Thailand diketengahkan. Kecuali kehidupan gangster disana dan juga aksi kejar mengejar dengan menaiki motor roda 3 (teksi dekat sana). Aksi merempit agak kurang jika dibandingkan dengan filem-filem sebelum ini yang menjadi kekuatan filem Adnan Sempit selama ini.

Mungkin ingin menampakkan bahawa jalan cerita Adnan Sempit menjadi lebih matang dari sebelum ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

13 thoughts on “Sekuel Ke-4 Adnan Sempit Sawadikap

Leave a Reply

Top