Nasi Berlauk Ikan BauluAsal raya mesti duit banyak habis, walaupun dah cuba kawal pembelanjaan.

Kalau hidup single, mungkin tiada masalah.

Bila sudah berkahwin nie, banyak hati yang perlu dijaga.

Duit banyak habis untuk persiapan raya (baju raya, kuih raya, duit raya) belum lagi diatas jalan raya (minyak, tol dan service kereta).

Tipu la, kalau hati tak beraya bersama kedua-dua belah keluarga.

Hati pasangan perlu juga dijaga.

Belum lagi bila ada anak,

Susu, lamping etc perlu juga ada. Baju raya anak kadangkala nak sama harga atau lebih mahal dari baju raya kita (kita cari baju bandel je). Sehari berkali-kali tukar (sebab kotor la, muntah la, terberak la).

Tahun pertama beraya sebagai seorang bapa.

Pening gak la kepala, tetapi semu under control.

Cuma lepas raya lagi pening kepala. Tiada khabaran mengatakan ada duit masyuk dalam masa terdekat. Dah 2 bulan delay, harapkan duit simpanan dan sedikit duit kutu untuk mengembirakan anak, isteri dan keluarga.

Harap korang juga begitu.

Ada tak yang makan lauk seperti dalam gambar diatas sementara nak menunggu gaji masuk?

Baik mengaku he…23x

Sedap apa perkena nasi putih (panas) dengan baulu ikan. Tapi bro suka lagi makan nasi putih + ikan kering. Bubuh kicap sikit. Menyelerakan tue…..!!!