March 29, 2024

Kirim Pakai Air Liur

Kirim Air Liur

Memang fitrah manusia ke, kalau nak kirim suruh kawan-kawan belikan just pakai air liur terutama yang nak pergi melancong ke oversea.

Tak kan tak terlintas nak dahulukan duit sendiri? Mana la tahu kot-kot kawan tue short bajet dekat sana, dan ada ramai pula yang order guna air liur juga sama macam anda, macam mana?

Haru biru dia dekat sana.

Bila tak belikan, mulalah muncung mulut memasing.

Bro pernah jumpa kes,

Sebab tak beli benda yang dikirimkan guna air liur, terus putus kawan. Siap unfriend dekat facebook lagi.

Ish ish ish…!!!

Memang la benda yang dikirimkan tue murah. Tapi kalau ramai yang kirim benda yang sama sampai penuh kereta, tak ke haru jadinya. Baik dia order selori dan start buka kedai dekat sini, ada juga pulangan modalnya.

Ada je kot, kawan-kawan yang tak kisah jika nak kirim benda pakai air liur.

Tapi, bayangkan kalau nak nampak dia pergi bercuti or melancong ke oversea pun sekali dalam beberapa tahun. Boleh kot kita agak bajet yang dia ada. Jangan disebabkan kehendak kita, dia pula rasa terbeban.

Ada yang ke oversea memang betul-betul nak bercuti dan spend masa dengan orang tersayang.

Bukan terkejar ke sana ke sini sebab nak shopping barang korang.

Lain la, seorang kenalan Bro nie. Memang dia pergi oversea untuk shopping. Kalau ke oversea atas urusan kerja sekali pun, dia pandai adjust masa untuk bershopping.

Tapi dia shopping bukan untuk kepuasan diri dia or belikan barang untuk orang (eh tang ini ada kot sikit-sikit he..23x) tetapi untuk dapatkan stock barang perniagan online dia di Malaysia (Business women dah dia he..23x)

Bicara Bro : Insya’lah hujung tahun ini Bro akan bercuti ke oversea untuk kali pertama (kali pertama bercuti, bukan buat koje ye, CUTI ke kena buat kerja juga he…23x)

Harap tiada apa-apa halangan ek.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Kirim Pakai Air Liur

  1. Wow! Bestnya bro.. Nak bercuti ke mana tu? Tapi memang agak stress dgn spesies2 manusia yang macam ni.. Nak kirim itu ini tapi duitnya tak hulur.. Dia ingat bajet kite ni berkoyan sangat ke? Selalu kena macam ni.. Sedara mara pun sama jer.. Lepas tu kita pulak yg tak sampai hati nak amik duit.. Sudahnya bagi free.. Adik beradik punya pasal.. Yg si pengirim ni pulak dah tau kite ni jenis x sampai hati nak amik duit bila org kirim2 pakai air liur, mulalah dia amik kesempatan.. Manjang kirimnya.. Memang la benda tu murah jer.. Tapi kalau terlalu biasa lama2 jadi habit pulak.. Duk mengirim sesaje.. Huhuhu.. T_T
    Rosmiza Ali Official Blog™

  2. Rasanya kena tiru saudara ketika ke luar Bandung pernah ambil order melalui Instagram. Boleh tengok barang, pesan dan bayar sekali. Senang bawa balik barang yang telah siap dibooking. :-)

  3. Salam bro… singgah sekejap kat sini..ingin bertanya khabar. Moga sejahtera hendaknya. Memang b terasa berbelah bagi, apabila pergi makan angin kat mana-mana ..ada-ada saja rakan-rakan nak kirim beli barng, walhal mereka tak kirim duit pun, sekadar dngan modal air liur je. Ini yang problemnya….Dia ingat kita ni chop duit. Fikir dan renung-renungkan…???

  4. haha mcm kenal je ayat kirim pakai air liur tu :p
    iena selalu mcm nie
    g oversea kwn2 kirim air liur je
    nak kata tak boleh kawan pulak
    depends on budget la kan
    tp ade jugak yg dh bg duit awal2
    yg tu kite utamakan
    beli brg dia dlu hehe

    tapi kan ramai sedara yg kirim air liur
    nak ole2 kate nye
    acaner tuh ???
    tambah pulak tempat kite pergi ni mata wang de tinggi dari melaysia
    tak ke pitam T____T

  5. Benarlah.Ikut pengalaman semasa menunaikan Umrah yang lepas , kebiasaannya orang akan menghulur pada kita duit dalam sampul.Tapi tiadalah perkataan kirim beli itu dan ini .Cuma kalau tidak beli sesuatu sebagai cenderahati dari Mekah/Madinahdengan duit yang mereka sumbangkan , kita segan pula.Namun yang tidak kirim pun kita sedaya upaya untuk membelikan cenderamata walaupun seutas tasbih.

  6. Biasa jugak kirim pakai air liur. Lepas tu mesti dia suruh bank in kalau serius… Kalau tak beli takda lah nak ambik serius. Nama pun kawan :-)

  7. Ni yg payah ni, bila kirim dengan air liur. Kalau kita melancong sorang2 ok lagi. Tapi kalau bawa keluarga. Habis bajet kita. Kalau aku buat2 tak ingat nak beli. Tapi utk cenderamata belilah satu untuk dia. Supaya taklah kecewa sangat kawan tu tadi….

  8. ya…sudah mjadi kebiasaan kut..kirim dgn air liur..nasib la sy xsuka kirim dgn air liur.malu…tp ada kawan juga bila balik bcuti bg sy ole2. pun sy malu nk ambik…

Leave a Reply to Kamil Salleh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *