You are here
Home > Bersama BroFramestone > Isu Panas Bersama BroFramestone > Hidup Bermadu : Pinang Wanita Terbaik Buat Suami

Hidup Bermadu : Pinang Wanita Terbaik Buat Suami

Pinang Rakan Baik Untuk SuamiBermadu

Perkataan yang “pantang” yang tidak digemari oleh sesetengah wanita.

Tak kisah yang masih bujang atau yang telah berkahwin.

Tetapi yang bro nampak lantang dan lebih memandang ianya kearah negatif adalah mereka yang masih bujang.

Kenyataannya yang rela bermadu datang dari golongan yang bujang.

Siap ada yang sanggup minta si lelaki ceraikan isteri pertama sebab xnak hidup bermadu (berkongsi kasih) tetapi lebih rela dianggap sebagai perampas.

Orang macam ini kita namakan sebagai orang yang pentingkan diri sendiri.

Hanya fikirkan kebahagiaan diri sendiri tanpa fikirkan tentang kebahagiaan orang lain. Hidup didunia hanya sementara.

Suami Ingin Berkahwin Lagi Satu

Ada wanita merelakan si suami ada affair dengan perempuan lain (kes macam tahu cuma tiada bukti atau tak kantoi lagi – perempuan punyai firasat yang kuat) dari si suami berkahwin lagi satu.

Sedangkan sekiranya si suami berkahwin (terang-terang dapat pahala) dari buat benda bukan-bukan dibelakang (tipu isteri dapat dosa, buat benda bukan2 dapat dosa juga)

Kalau nak kahwin lagi, bagitau je la isteri.

Tapi tak semua lelaki berani nak cakap dekat isteri yang dorang nak kahwin lagi. Menikus je.

Itu pun masalah juga.

Hidup Bermadu Salih Yaacob
Ada pula, yang nak berkahwin.. Tetapi tidak mampu.

Tak mampu disini bukan dari segi zahir (harta) atau batin (mana ada lelaki nak ngaku mereka ada masalah batin) tetapi dari segi tanggungjawab, masa untuk keluarga dan kemampuan jadi pemimpin keluarga (keluarga dah makin besar).

Kadangkala kasihan tengok kenalan Bro.

Tahulah dia isteri kedua, si lelaki lebih utamakan isteri pertama dan banyak habiskan masa dengan keluarga isteri pertama sedangkan anaknya bersama isteri kedua macam kekurangan kasih sayang. Jumpa sekali sekala, itu pun dekat luar.

Si isteri pertama pula tak izinkan si suami berjumpa dengan isteri kedua.

Zalimnya….

Sedangkan diawal perkahwinan memang dah mintak izin dengan isteri pertama (ini kisah betul, bukan tipu-tipu)

Kawan Baik Andartu

Bertuah bagi seorang wanita itu mempunyai suami diusia muda. Sekurang-kurangnya dah melengkap diri sebagai seorang isteri dan ibu kepada zuriat.

Akaun dosa yang selama ini dipikul oleh bapanya, dipindahkan kepada si suami untuk dipikul. Tanggungjawab juga berbeza, dimana perlu utamakan si suami berbanding orang lain.

Tetapi berapa ramai yang lebih utamakan si suami?

Bro nampak macam mereka nak si suami lebih utamakan mereka je He..23x wanita manja orangnya. Tak kan nak memanja dengan orang lain sedangkan sudah mempunyai suami sebagai tempat bermanja. Halal lagi tue.

Nora Danish Raykal Nadeem

Bila dah bahagia,

Upload gambar dan status mengambarkan kegembiraan dan kebahagiaan bersama suami dan anak di laman sosial atau ditayang-tayangkan pada umum.

Pasti ada yang jeles atau kurang senang (lebih-lebih lagi kalau ex korang yang kecewa tak dapat korang dan tidak boleh terima kenyataan korang kahwin dengan orang lain)

Itu contoh jauh, kita ambil contoh dekat pula.

Berapa ramai rakan kita yang single selesa tengok kita tayang-tayang kebahagian kita didepan dorang.

Kemudian, korang boleh pula bertanya, “kau bila nak kahwin nie?”

Betapa luruhnya hati kawan kita tadi bila kita tanya dia begitu. Jodoh pertemuan ditangan tuhan kecuali la kalau dia sendiri nak melewat-lewatkan atas faktor tak sedia lagi walaupun dah ada bakal pasangan hidup.

Cuba kita bayangkan bila kawan kita tadi tanya balik, “Kau tak nak tanya laki kau ke bila dia nak kahwin lagi” Mahu tersenyum suami korang nanti he..23x

Pinang Rakan Karib Untuk Suami

Terbaca di akhbar,

Dimana seorang isteri telah meminang rakan karibnya sendiri untuk suaminya. Dan sekarang mereka bahagia hidup bermadu selama 7 tahun.

Apa yang bro nampak disini.

Dia buat keputusan yang terbaik buat suaminya, begitu juga dengan rakan kawan karibnya tidak lupa juga buat dirinya.

Suami yang kita ada, hanya pinjaman sementara di dunia. Begitu juga dengan rakan karibnya, itu juga mungkin sementara (bila berkahwin, masing-masing bawa haluan masing-masing maka kurang masa untuk berjumpa atau bergaul seperti dulu)

Malah anda kita juga hidup didunia ini sementara.

Bila anda tiada nanti, siapa akan jaga suami anda. Sekurang-kurangnya anda tahu, ada seseorang yang terbaik dan anda percayai untuk menjaga suami dan zuriat anda.

Tak ramai wanita suka dengan lelaki yang datang dengan pakej (contoh : Duda anak 3)

He…23x peace…!!!

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Hidup Bermadu : Pinang Wanita Terbaik Buat Suami

  1. Sesungguhnya tidak mudah untuk melakukan seperti mudahnya berkata-kata..
    Heheheheh apa pun rezeki memasingkan…
    Single ka
    kahwin ka
    duda ka
    janda ka
    anak dara tua ka

    apa pun Kalau Dah Jodoh tak ke mne kan kan kan…

    erk ape cerita ni.. 😀

  2. ramai lelaki bersemangat bila sebut pasal poligami. memang sunnah dan memang indah kalau betul2 ikut sunnah. tapi masalahnya lelaki zaman sekarang… betul ke ikut sunnah atau ikut rasa. JANGAN BERANI JAWAB saja. fikir 23 kali kalau jawab ikut sunnah. peace no war!

  3. Tak semua lelaki yang kahwin lebih dari satu, boleh berlaku adil…Walaupun kdg2 ada isteri yg bagi suami kawen lain tapi jauh disudut hati isteri pertama tu, tak rela..Luaran mungkin nampak si isteri senyum tpi dalaman hati tu dah luka..kalaupun luka tu akan baik mengikut masa tapi parut dia tetap ada..huhu…

Leave a Reply

Top