April 19, 2024

Cincin Di Jari Manis – Adakah Dia Sudah Berpunya?

Cincin Pada Jari Si Gadis Tanda Dia Sudah Berpunya
Bila ternampak seorang gadis, cantik, menawan dan nampak macam dia memberi respon positif.

Tergerak hati untuk mendekati dan mengenali dirinya. Malangnya mata terpaku sebentar. Bukan pada matanya, bukan pada senyuman yang terukir pada bibirnya, bukan pada lengang lenggok tubuh badannya.

Tetapi pada cincin yang ada pada jari manisnya.

Maka terpacul satu pertanyaan di minda. Adakah si dia sudah berpunya?

Perkara ini banyak kali kot terjadi pada Bro (satu ketika dulu la, sekarang pun iye juga).

Kebanyakan awek yang menarik, boleh dikatakan awek orang, tunang orang mahupun isteri orang. Siapa anak dah berderet lagi (tak pasti kahwin muda or awet muda)

Tetapi si empunya jari manis diatas, memang awet muda.

Bro pernah tanya dia kenapa pakai cincin pada jari manis. Nanti tak de pula yang berani nak ngorat.

Beliau senyum je.

Kata beliau,

Walaupun dia single, perkerjaan dia memerlukan dia berwaspada.

Situasi kerja dan tanggungjawabnya meletakan dia sebagai bunga dikalangan kumbang-kumbang veteran.

Bagi mematahkan semangat si kumbang, ada baiknya jika berjaya membuat mereka berhenti bertindak selepas melihat sesuatu pada jarinya. Dari membiarkan mereka membuka langkah yang seterusnya he..23x

Ayat lebih kurang macam itu la. Nak recall balik, cerita dah setahun berlalu.

Kira cerita basi la nie.

Ini pun si Iena Wahab yang buka cerita. Kalau tidak, tak teringat Bro pasal benda ini.

Inilah si Iena Wahab, baru nak aktif berblog balik. Ada masa singgah la blog dia.

Persoalannya disini,

Siapakah si pemilik jari manis yang bercincin dalam gambar diatas?

Adakah jawapan dia itu adalah yang sebenar-benarnya atau dimanipulasi untuk membuat Bro percaya?

Bro rasa, cincin itu bukan dia yang beli.

Pasti ada orang lain yang berikan. Fikir positive – mak dia kot atau…..!!!!

Biarkan ianya jadi rahsia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Cincin Di Jari Manis – Adakah Dia Sudah Berpunya?

  1. hahahaha…entah…kalau Sally tak pakai pun…bukan sbb nak bgtau semua org sally single…tapi sebab mmg tak boleh pakai brg kemas..muahahaha…

    tp selalu jugak tgk org yg berpunya mesti ada cincin..trade mark mgkn?

    1. iena pulak tak suka pakai jam :)
      aksesori pakai bile perlu je if ade event (^_~)
      cume cincin tu dah terbiasa pakai la sb pemberian ibu :)

Leave a Reply to Hero Borneo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *