April 20, 2024

BlackBerry Q5 – Dengan Skrin Sesentuh Dan Keypad QWERTY

BlackBerry Q5
Boleh dikatakan kebanyakan smartphone sekarang hadir dengan skrin sesentuh berbanding dengan model yang mempunyai button keypad.

Disini, Bro ingin memperkenalkan smartphone dari BlackBerry yang mempunyai dua fungsi melalui skrin sesentuh bersaiz 3.1-inci (720×720 pixel) dan keypad qwerty iaitu BlackBerry Q5.

Model ini lebih kurang sama dengan model BlackBery Q10 cuma ianya lebih murah untuk sasaran pengguna pertengahan.

BlackBerry Q5

Ianya sesuai bagi mereka yang masih setia pada model terdahulu BlackBerry, tetapi ingin rasa sesuatu yang lebih terkini tanpa mengubah fungsi button keypad yang terdahulu.

Tak percaya boleh tanya Abang Ensem selaku pengguna setia BlackBerry dari dulu.

Cuma kini telah upgrade menggunakan model terbaru BlackBerry Q5

Ianya hadir dengan tiga pilihan warna iaitu merah, putih dan juga hitam.

Keypad QWERTY BlackBerry Q5

BlackBerry Q5

Terdapat sedikit perbezaan pada keypad QWERTY BlackBerry Q5 dimana keypadnya lebih jarak diantara buttonnya berbanding button pada BlackBerry Q10 lebih rapat.

Ternyata ianya dapat mengurangkan kadar typo sewaktu menaip seperti yang diperkatakan oleh Abang Ensem pada Bro.

Sesuai bagi mereka yang sukakan kecepatan dan ketepatan sewaktu menaip.

Berbeza jika dibandingkan dengan menggunakan keypad sesentuh pada skrin yang mungkin tidak bersesuaian dengan saiz jari anda.

Harga pasaran BlackBerry Q5 buat masa kini – RM7++

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “BlackBerry Q5 – Dengan Skrin Sesentuh Dan Keypad QWERTY

  1. Black berry sampai sekarang tak pernah guna lagi.

    Cuma antara kelebihan blackberry yang menarik dipertimbangkan ciri ciri keselamatannya.

    Sebab tu obama pakai phone ni

  2. Ermm belum pernah pakai BB ni.. bro, deno dah dapat smartphone.. hasil nasihat bro ada satu entri tu kan yg deno tanya… deno rasa mcm penting gak smartphone.. alhamdulillah dah ada dah :)

    1. Kebanyakan yang guna BB memang orang business yang tiada masa nak bermain permainan dekat smartphone dan smartphone merupakan benda paling penting bagi mereka

Leave a Reply to Mazni Azmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *