April 25, 2024

#Bajet2015 : Apa Yang Anda Inginkan Dalam Bajet 2015

Bajet 2015 Belanjawan Negara
Salam 1Malaysia!

Bro nak menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyumbang idea dan cadangan tentang apa yang perlu dimasukkan dalam Belanjawan Negara.

Bermula 11 Ogos ini, anda semua berpeluang untuk menyumbang idea dan cadangan kepada #Bajet2015 yang akan dibentangkan kelak.

Perghhhh Ayat gua – Macam macai kerajaan je kan.

Tetapi Bro berharap anda jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia (kerja kita bukan takat mengundi time pilihan raya je) untuk menuntut apa yang sebenarnya kita, keluarga dan masyarakat kita perlukan.

Jangan sekadar jadi Keyboard Warrior ataupun tin kosong (bunyi je lebih, isi xde)

Mungkin ada peruntukan yang anda sendiri tak dapat nikmati, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat dinikmati oleh keluarga atau orang sekeliling anda.

Last-last benda itu akan pusing balik kepada anda sama ada langsung atau tidak langsung.

Jika tahun lepas, ribuan idea dan cadangan diterima, terutamanya dari segi kos sara hidup, pendidikan, perumahan dan kemudahan awam. Input anda menjadi sesuatu yang sangat berguna perbincangan yang membentuk Belanjawan Negara 2014.

Apa idea yang akan anda berkongsi kali ini?

Jangan lupa melawat 1Malaysia.com.my pada 11 Ogos untuk berkongsi idea dan cadangan anda untuk #Bajet2015.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “#Bajet2015 : Apa Yang Anda Inginkan Dalam Bajet 2015

  1. Lebih banyak program pembangunan perniagaan dari rumah.

    Terutama bidang perniagaan onternet.

    Tahun 2015 dijangka tahun yang sukar. Tahun ni pun dah ramai yang rasa semput.

    Perniagaan internet mudah dan murah.. Tak perlu buka premis.. nak jual tudung.. telekung. buka kelas.. semua boleh

    1. Eh, elok dimulakan sewaktu belajar, tak perlu tunggu dah habis belajar baru nak start.

      Bro dulu dari zaman sekolah dah start berniaga he..23x bawa ke zaman U, sekarang sudah kurang sebab fokus pada bidang lain pula :)

  2. mencadangkan minimum gaji untuk (staff level) sebanyak rm 1500 bagi
    kakitangan swasta kerana banyak syarikat yang tidak membuat penyelarasan
    gaji untuk (staff level). minimum gaji rm 900 adalah untuk pekerja yang baru berkhidmat.

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *