17,148,621 total views, 4,010 views today

#Bajet2015 : Apa Yang Anda Inginkan Dalam Bajet 2015

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Bajet 2015 Belanjawan Negara
Salam 1Malaysia!

Bro nak menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyumbang idea dan cadangan tentang apa yang perlu dimasukkan dalam Belanjawan Negara.

Bermula 11 Ogos ini, anda semua berpeluang untuk menyumbang idea dan cadangan kepada #Bajet2015 yang akan dibentangkan kelak.

Perghhhh Ayat gua – Macam macai kerajaan je kan.

Tetapi Bro berharap anda jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia (kerja kita bukan takat mengundi time pilihan raya je) untuk menuntut apa yang sebenarnya kita, keluarga dan masyarakat kita perlukan.

Jangan sekadar jadi Keyboard Warrior ataupun tin kosong (bunyi je lebih, isi xde)

Mungkin ada peruntukan yang anda sendiri tak dapat nikmati, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat dinikmati oleh keluarga atau orang sekeliling anda.

Last-last benda itu akan pusing balik kepada anda sama ada langsung atau tidak langsung.

Jika tahun lepas, ribuan idea dan cadangan diterima, terutamanya dari segi kos sara hidup, pendidikan, perumahan dan kemudahan awam. Input anda menjadi sesuatu yang sangat berguna perbincangan yang membentuk Belanjawan Negara 2014.

Apa idea yang akan anda berkongsi kali ini?

Jangan lupa melawat 1Malaysia.com.my pada 11 Ogos untuk berkongsi idea dan cadangan anda untuk #Bajet2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “#Bajet2015 : Apa Yang Anda Inginkan Dalam Bajet 2015

  1. Saya syorkan lebih banyak potongan cukai golongan sederhana kerana mereka ini tidak layak menerima BR1M. Kehidupan mereka ini sederhana sahaja.

  2. Lebih banyak program pembangunan perniagaan dari rumah.

    Terutama bidang perniagaan onternet.

    Tahun 2015 dijangka tahun yang sukar. Tahun ni pun dah ramai yang rasa semput.

    Perniagaan internet mudah dan murah.. Tak perlu buka premis.. nak jual tudung.. telekung. buka kelas.. semua boleh

    1. Tapi tahun ini banyak kes dibangkitkan bagi mereka yang menjalankan perniagaan online atau dari rumah.

  3. Elok berniaga kecil kecilan kan daripada menganggur.

    Terutama untuk graduan baru habis belajar

    1. Eh, elok dimulakan sewaktu belajar, tak perlu tunggu dah habis belajar baru nak start.

      Bro dulu dari zaman sekolah dah start berniaga he..23x bawa ke zaman U, sekarang sudah kurang sebab fokus pada bidang lain pula 🙂

  4. setuju dengan tuan akubiomed..kesian la kat kami ni yang kene bayar cukai banyak walhal gaji tak banyak mane pun..

  5. Lisa

    mencadangkan minimum gaji untuk (staff level) sebanyak rm 1500 bagi
    kakitangan swasta kerana banyak syarikat yang tidak membuat penyelarasan
    gaji untuk (staff level). minimum gaji rm 900 adalah untuk pekerja yang baru berkhidmat.

Leave a Comment