March 28, 2024

AniManGaki – Pesta Animasi di Sunway Pyramid Convention Centre

AniManGaki - Pesta Animasi di Sunway Pyramid Convention Centre
Berita baik buat peminat anime di Malaysia.

Anda dijemput untuk memeriahkan Pesta AniManGaki yakni pesta anime yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Ogos di Sunway Pyramid Convention Centre dari pukul 10 pagi – 6 petang.

Raikan ia bersama Nozomi Group Animation dan nikmati anime Jepun, manga, music dan banyak lagi aktiviti dengan tema “Bringing Animation To Life”.

Apa Itu Pesta AniManGaki

Penampilan sulung pesta AniManGaki ini bermula pada tahun 2009, dimana ianya merupakan ilham pengasas founder, Yvonne Sing Yee Wen.

Ia ditubuhkan oleh peminat untuk peminat.

Disini dapat dihimpunkan semua peminat dan pencinta anime dari semua lapisan masyarakat.

Pesta ini ditaja oleh Vivo Smartphone.

Untuk maklumat lanjut mengenai pesta AniManGaki, anda boleh layari www.animangaki.com

Filem animasi 2D ‘The Wind Rises’

Anda boleh dapatkan DVD filem animasi 2D ‘The Wind Rises’ di AniManGaki 2014 pada 9 dan 10 Ogos 2014, dimana Nozomi (pengedar eksklusif Studio Ghibli di Malaysia) akan meraikan kejayaan Studio Ghibli selama 29 tahun.

Studio Ghibli terkenal pada khalayak peminatnya dengan penciptaan filem-filem animasi 2D.

Hayao Miyazaki- pengasas Studio Ghibli

Ia merupakan filem terakhir Hayao Miyazaki- pengasas Studio Ghibli sebelum pesaraannya, dimana ianya telah pun mengumpul sejumlah RM357 juta jualan tiket di peringkat antarabangsa dan juga telah diberikan nominasi unggul anugerah Oscar.

Filem animasi ini akan disiarkan buat kali pertamanya di seluruh Negara pada pesta AniManGaki 2014 dimana para peminat Malaysia boleh membeli DVD ‘ The Wind Rises’.

‘The Wind Rises’ merupakan filem animasi 2D terunggul ciptaan Miyazaki yang dikatakan bagai simfoni ke-9 untuk komposer music Beethoven.

Spirited Away

Buat pengetahuan anda semua,

Hayao Miyazaki terkenal dengan beberapa filem animasinya seperti ‘ Grave of the Fireflies’, ‘Princess Mononoke’, ‘My Neighbour Totoro’ dan banyak lagi; filemnya seringkali mencecah box office.

Salah satu filem animasinya yang berjudul ‘Spirited Away’ berjaya memenangi Filem Animasi Terbaik di Anugerah Academy dan juga telah mengumpul sejumlah RM877 juta jualan tiket seluruh dunia.

Anda boleh dapatkan info lanjut mengenai Studio Ghibli di www.ghibli.jp

Sinopsis The Wind Rises

Pada tahun 1918 di Negara Jepun, seorang remaja lelaki bernama Jiro Horikoshi yang tinggal di sebuah perkampungan kecil, bercita-cita menjadi seorang juruterbang tentera, tetapi cita-citanya tidak tercapai oleh kerana penglihatannya yang kurang baik.

Setelah membaca majalah penerbangan, Jiro bercita-cita pula dapat berjumpa dengan Caproni pesawat jurutera terkenal Italia yang mengatakan bahawa membina sebuah kapal terbang lagi hebat daripada menerbang kapal terbang.

The Wind Rises 5
Lima tahun kemudian, Jiro ke Tokyo untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan dimana dia bertemu dengan seorang gadis bernama Nahoko bersama orang gajinya dalam perjalanan yang sama.

Apabila gempa bumi di Kanto terjadi pada tahun 1923, kaki orang gaji Nahoko patah, dan Jiro mengangkutnya ke keluarga Nahoko diamana Jiro tinggal tanpa memberitahu namanya.

Selepas tamat pengajiannya pada tahun 1927, Jiro mula bekerja sebagai pereka pesawat peperangan di kilang membuat kapal terbang Mitsubishi. Seterusnya, Jiro ke German untuk membuat penyelidikan teknikal dan juga memperoleh lesen pengeluaran untuk pesawat Junker.

Jiro bertengkar dengan seorang askar German dan menyaksikan serbuan malam di Gestapo.

The Wind Rises2

Jiro mengingati kata kata Caproni, yang mengatakan bahawa membina sebuah kapal terbang walaupun ia untuk kegunaan peperangan lagi hebat daripada menerbang kapal terbang peperangan.

Jiro dinaikkan pangkat pada tahun 1932 sebagai ketua pereka pesawat peperangan untuk satu persaigan pereka pesawat peperangan dimana Jiro kalah. Jiro kecewa dengan kegagalannya mengambil angin di sebuah tempat peranginan dimana dia bertemu kembali dengan Nahoko.

Seterusnya, mereka berdua bertunang tetapi Nahoko menghidap penyakit batuk kering dan tidak mahu berkahwin setelah kesihatannya bertambah baik.

Percintaan Jiro dan Nahoko dibantu oleh seorang pelancong German, Hans Castorp sebelum pelariannya daripada ditahan oleh pihak berkuasa Jepun sebab mengkritik rejim Nazi.

Nahoko mengalami pendarahan paru-paru yang merisaukan Jiro. Di samping itu, Pihak berkuasa pula ingin menahan Jiro atas tuduhan bersubahat dengan Hans Castorp. Jiro seterusnya bersembunyi di rumah penyeliannya dan bekerja membuat projek tentera laut.
The Wind Rises

Kesihatan Nahoko dipulihkan semula disebuah alpine sanatorium dan tidak mahu lagi berjauhan dengan Jiro seterusnya kembali ke sisi Jiro. Kenduri kahwin Jiro dan Nahoko dibuat secara tradisional.

Kakak Jiro seorang doctor memberi amaran kepada Jiro dimana tiada penyembuhan untuk penyakit Nahoko. Jiro dan Nahoko menikmati masa yang ada bersama.

Jiro tinggalkan Nahoko sementara untuk menguji pernerbangan prototype terbaru pesawat Mitsubishi A5M. Nahoko kembali ke sanotorium apabila kesihatannya semakin teruk di mana dia meninggal dunia.

Jiro melawat Caproni dalam mimpinya dan menyesal pesawatnya digunakan untuk peperangan World War II.

Caproni pula memujuk Jiro dengan ucapan tahniah kerana berjaya merealisasikan cita-citanya walaupun pesawat yang direkanya digunakan untuk peperangan.

Roh Nahoko kembali dan menggalakkan suaminya untuk pandang ke hadapan dengan kehidupan yang baik.

Jangan lupa, anda boleh dapatkan DVD filem animasi 2D ‘The Wind Rises’ di AniManGaki 2014 pada 9 dan 10 Ogos 2014 ini. Jumpa anda disana :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “AniManGaki – Pesta Animasi di Sunway Pyramid Convention Centre

  1. Interesting.. Tau dek asben mesti dia nak gi ni.. Tp weekend ni ada kenduri nak kena attend & nak gi medical checkup kat HKL.. Kalau sempat leh la gi jenguk2 jap.. Btw, thanks for the info Bro!????

Leave a Reply to Rosmiza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *