17,148,859 total views, 163 views today

Western Digital My Cloud – Simpan Data Digital Anda Secara Online

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Western Digital - WD My Cloud
Tertekan dengan ruangan simpanan (storage) di telefon pintar anda yang penuh dengan gambar.

Nak delete, terasa sayang. Nak pindahkan ke laptop/pc atau external hardisk, masa tidak mengizinkan. Mungkin dengan Western Digital My Cloud mampu menyelesaikan masalah anda.

Jika sebelum ini,

Bro selalu menyimpan semua data ke iCloud (sekiranya ia dari iPhone dan iPad yang Bro gunakan) dan juga dropbox.

Malangnya kedua-dua onlinw storage ini mempunyai kapasiti yang kecil. Terpaksa bayar lebih untuk dapatkan ruangan storage yang besar, ada yang mengenakan cas setiap bulan dan juga tahunan.

WD MyCloudDi sini bro ingin memperkenalkan kepada anda WD My Cloud.

Dengan WD My Cloud,

Anda tidak perlu risau tentang ruangan storage dan juga duit yang perlu anda keluarkan setiap bulan.

Malah anda tidak perlu risau mengenai data digital yang anda simpan terdedah kepada pihak ketiga.

Anda mempunyai hak sepenuhnya terhadap data yang anda simpan.

Dengan WD My Cloud,

Anda boleh membuat cloud storage dari rumah atau pejabat anda. Asalkan ada internet connection untuk menghubungkan gadget anda terus kepada WD My Cloud walaupun dimana juga anda berada.

Pastikan dimana anda berada juga mempunyai liputan internet untuk memudahkan anda menghantar data dan mengambil data secara online dari WD My Cloud anda.

Western Digital - WD My Cloud

Dengan sambungan yang mudah, anda sudah memilih Cloud Storage anda sendiri.

Anda hanya perlu hubungkan WD My Cloud anda dengan modem internet dan tunggu sehingga lampu dihadapannya bertukar kepada warna biru.

Dan ianya sudah boleh anda gunakan.

Kini anda tidak perlu bimbang untuk delete atau kehilangan data penting dari pc/laptop, tablet dan smartphone anda sekiranya ianya sudah di backup terus ke WD My Cloud anda.

Maka anda mempunyai lebih ruang untuk digunakan tanpa perlu membazir masa untuk membuat backup secara manual yang mungkin mengambil masa anda yang amat bernilai.
Western Digital - WD My Cloud

Bagi memudahkan anda menguruskan data dari Smartphone ke WD My Cloud,

Anda boleh memuat turun aplikasi mobile WD My Cloud dari Apple Store dan Google Play.

Begitu juga dengan laptop/pc dan Mac anda.

Harga WD My Cloud

WD My Cloud untuk kegunaan cloud storage persendirian boleh anda dapati dari rangkaian kedai terpilih.

Anda boleh memiliki WD My Cloud pada harga ini :-

  • 2 TB – RM 499
  • 3 TB – RM 649
  • 4 TB – RM 799

Ianya sesuai untuk Window XP dan keatas. Begitu juga dengan OS X Montain Lion, Lion dan Snow Leopard.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.wd.com/mycloud

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Western Digital My Cloud – Simpan Data Digital Anda Secara Online

  1. Ada rezeki lebih nanti boleh beli Western Digital My Cloud… Boleh simpan gambar dan video banyak-banyak… 😉

    1. Video apa la tue ek,

      Sesuai untuk simpan data yang bersaiz besar.

  2. Harap ada satu dirumah sennag hendak buat backup.

  3. Benda yang memang kene ada nih. Hsha

  4. dulu ingat cloud ni x perlu hardware…rupanya kene jugak

  5. Macam layan je benda nih. Nak kena simpan budget nih.

  6. Zakaria

    Salam.
    Tuan.tanye sikit
    Berapa minima kelajuan internet yang perlu ada untuk penyambungan ke hardware my cloud ni.

Leave a Comment