You are here
Home > Tip Bernas Bersama Bro Framestone > Tip Elak Lemang Cepat Basi

Tip Elak Lemang Cepat Basi

Lemang Terbaik Waktu Raya
Lemang tidak asing lagi di Malaysia sebagai salah satu juadah yang wajib dihidangkan sewaktu hari raya.

Walau bagaimanapun, tak semestinya hari raya korang boleh jumpa lemang. Kadangkala dekat pasar malam pun ada orang jual lemang.

Menurut Wikipedia,

Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Ianya sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.



Cara penyediaan Lemang :-

  1. Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
  2. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Masukkan santan ke dalam buluh.
  4. Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Bakar selama satu jam.
  7. Kemudian, sejukkan sebelum dimakan.

Mudah je,

Malangnya Bro tak pernah lagi masak lemang. Tengok orang masak ada la.

Setakat masak 4-5 batang rasanya tak berbaloi. Kena masak banyak-banyak, area kampung Bro boleh jual dalam RM10 sebatang. Tempat lain, tak pasti la pula.

Disini Bro ingin kongsikan satu tip tentang Lemang.

Tip Elak Lemang Cepat Basi

  1. Bagi yang masih dalam buluh tue, baringkan dan jangan tegakkan.
  2. Jangan dibaringkan diatas simen, tetapi baringkan atas meja dsb.
  3. Makan sampai habis. Jangan simpan (confirm tak basi)

Selamat mencuba 🙂

 

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

8 thoughts on “Tip Elak Lemang Cepat Basi

Leave a Reply

Top