Satu Malam Kubur Berasap
Satu persoalan yang sentiasa bermain di minda Bro sejak dua menjak ini.

Bro sudah berblog sejak tahun 2006. Blog ini pula sejak tahun 2009 berplatform wordpress dimana mempunyai domain dan hosting sendiri. Ianya perlu direview setiap tahun.

Sekiranya Bro meninggal dunia satu ketika nanti, apakah yang akan terjadi dengan blog ini?

Tertarik dengan persoalan yang diajukan oleh rakan blogger Julia Johari di segmen Korang Tanya Bro Jawab – Part 8.

“Sekiranya kita meninggal dunia, apakah cara/tindakan bijak untuk kita mewasiatkan blog kita agar ia senantiasa ada untuk di baca oleh anak-anak generasi masa depan?”

Mati Itu Pasti

Mati itu pasti,

Bila? Bagaimana? Dimana? Itu semua rahsia Allah SWT. Sama ada kita sedia atau tidak je.

Ada yang sudah bersedia, ada yang belum bersedia dan ada yang tak ambil port/berat tentang kematiannya.

Bagi yang sudah bersedia, ada yang mengambil insuran nyawa dan membuat simpanan. Sekiranya apa-apa terjadi pada mereka, ada benda yang dapat diberikan kepada ahli keluarga yang masih ada.

Ada juga yang bersiap sedia dengan wasiat.

Pernah tak anda berfikir,

Adakah anda akan mewasiatkan blog anda (sekiranya anda adalah blogger) sekiranya anda sudah tiada nanti/meninggal dunia?

Dosa Pahala Menulis Blog

Dosa Pahala Menulis Blog

Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu tentang dosa pahala menulis blog.

Mungkin ada yang tahu, tetapi buat-buat tak tahu sebab nak dapatkan trafik blog tinggi dalam masa yang sama nak dapatkan income yang banyak dari blog.

Halal ke haram income yang diperolehi itu?

Bro sendiri sudah kurangkan menulis tentang aib orang lain atau menyebarkan fitnah walaupun fitnah itu berasas. Begitu juga dengan penulisan yang ditujukan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Jika ada, Bro sendiri akan delete atau privatekan post tersebut (Sekiranya ada kelapangan).

Bukan senang nak delete satu persatu, seperti yang dihadapi oleh Felixia Yeap yang baru jadi mualaf dengan nama islamnya Raisyyah Rania Yeap.

felixia yeap bertudung
Kenapa dengan Felixia Yeap?

Beliau terpaksa delete gambar-gambar lama beliau di laman facebook. Bila makin banyak komen negatif terhadap beliau bila berniat untuk berhijab dan memeluk islam.

Komen tersebut bukan sahaja datang dari mereka yang bukan islam. Bahkan orang Islam sendiri juga melemparkan komen negatif terhadap beliau (besar pahalanya sekiranya dapat menarik orang memeluk Islam dari menjauhkan orang lain untuk mendekati Islam itu sendiri).

Ada juga blogger yang menyiarkan gambar zaman lampau beliau di blog semata-mata mengejar trafik.

Tak fikir dosa pahala ke?

Wasiatkan Blog Sekiranya Kita Sudah Tiada

Perkara ini selalu bermain diminda Bro.

Sejak kebelakangan ini, ramai kenalan blogger dijemput olehNya.

Ada yang terlibat dengan kemalangan, ada disebabkan penyakit seperti kanser, dan ada juga yang tiba-tiba koma tanpa sebarang pertanda. Al-fatihah buat mereka.

Sebentar tadi, Bro terbaca satu komen di blog ini yang ditinggalkan oleh kenalan blogger yang telah pergi. Bro klik link blog beliau, ternyata blog mereka sudah tiada dialam maya akibat domain/hosting tamat tempoh.

Itu blog yang menggunakan domain/hosting sendiri.

Bagaimana pula dengan blog yang menggunakan platform blogspot? Ternyata blog tersebut akan sentiasa wujud sampai bila-bila sehingga perkhidmatan blogspot ditamatkan.

Blogger Dinner Dave's Deli
Bagaimana pula dengan blog BroFramestone ini?

Domain memang Bro renew setiap tahun, tetapi hosting Bro renew setiap bulan.

Sekiranya hosting tak direnew hujung bulan maka blog Bro memang anda tidak dapat layari pada bulan hadapannya.

Begitu juga sekiranya Bro pergi bulan ini, bulan depan terkubur segala-gala coretan dan perkongsian yang Bro buat di blog ini. Dan ianya tidak akan dapat diwarisi kepada keturunan Bro untuk membacanya.

Harapkan apa-apa perkongsian yang anda baca dari blog ini anda sebarkan dan ia terus mekar dan memberi makna sehingga ke anak cucu cicit Bro, walaupun tika itu Bro sudah tiada.

Buat masa sekarang,

Bro hanya harapkan pada seseorang kerana beliau juga mempunyai hak untuk menguruskan blog bro walaupun beliau tidak aktif berblog.