You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Review Filem Locke – Sejarah Silam Menghantui Dalam Satu Malam

Review Filem Locke – Sejarah Silam Menghantui Dalam Satu Malam

Locke The Movie
Apa anda rasa sekiranya kehidupan yang anda bina selama ini musnah dalam satu malam kerana peristiwa lampau?

Itu yang cuba disampaikan dalam Filem dari British – Locke lakonan Tom Hardy dimana beliau kehilangan pekerjayaan, dihalau keluar dari rumah dan isterinya meminta cerai.

Semuanya kerana peristiwa silam yang tiba-tiba mengantuinya pada hari yang paling penting bagi dirinya.

Sinopsis Filem Locke

Kisah mengenai Ivan Locke seorang jurubina yang komitmen dan profesional terhadap kerjayanya selama 10 tahun ini. Tiba-tiba membuat keputusan mengejut dimana beliau tidak akan memantau kerja pembinaan yang akan berlangsung lagi beberapa jam.

Ini kerana beliau perlu menuju ke satu tempat yang agak jauh pada malam itu untuk menyambut kelahiran anaknya hasil keterlanjurannya dengan orang bawahan sewaktu menguruskan projek di sana.

Sedangkan kejadian itu tidak disengajakan akibat mereka berdua mabuk.

Tetapi atas sebab tanggungjawab dan beliau sendiri tak nak jadi seperti ayahnya (yakni seorang yang tidak bertanggungjawab). Beliau memandu ke sana untuk menyambut bayi yang bakal dilahirkan.

Ini menyebabkan beliau terpaksa beritahu perkara sebenar kepada isterinya – Katrina yang menanti kepulangan beliau pada malam tersebut untuk menonton bola bersama anak-anak mereka berdua. Ini menyebabkan isteri beliau mengamuk dan anggap Locke adalah lelaki yang tidak berguna.

Anak-anaknya tetap setia menanti kepulangan Locke untuk menonton perlawana bola pada malam tersebut.

Isterinya meminta dia melepaskan dirinya dan tidak sesekali pulang ke rumah itu.

Tom Hardy - Ivan Locke
Manakala Bethan – yakni wanita yang beliau terlanjur sedang menunggu saat melahirkan anak selepas air ketumbannya pecah. Beliau amat takut untuk melahirkan anak tanpa ada orang menemani beliau.

Beliau tiada kawan mahupun saudara mara terdekat. Cuma Locke sahaja harapan beliau, dan dia sanggup menunggu Locke sebelum melahirkan anak tersebut.

Malangnya bayi dalam kandungan beliau menghadapi masalah dan doktor perlu melakukan pembedahan. Tetapi tiada orang yang boleh dirujuk untuk mendapatkan kebenaran untuk melakukan pembedahan. Dan locke bukannya suami kepada Bethan.

Dalam tempoh waktu itu, beberapa kali Bethan teremosi bila mengetahui selama ini Locke sedikit pun tidak menyintai beliau.

Berbalik pada Locke.

Dalam perjalanan, beliau tersepit dengan masalah yang dihadapinya.

Dengan isterinya, dengan Bethan dan juga dengan bosnya yang berharap sangat beliau ada untuk menguruskan projek pembinaan pada esok hari. Jika beliau tiada, klient mereka tidak akan meneruskan projek ini dan mereka akan kehilangan projek bernilai 100 juta.

Klient mereka memberi tekanan kepada bosnya untuk memaksa beliau memberhentikan Locke serta merta pada malam itu. Walaupun semua tahu selama ini Locke tidak pernah mendatangkan masalah dan sentiasa profesional terhadap kerjayanya.

Walaupun telah dipecat,

Locke tetap komitment terhadap tanggungjawabnya yang perlu diselesaikan pada malam itu juga.

Trailer Filem Locke


Bicara Bro : Filem ini menarik untuk ditonton dimana dari mula hingga habis hanya watak yang dibawa oleh Tom Hardy – Locke sahaja yang kelihatan.

Semua babak dari mula hingga akhir hanya berlatarkan Locke didalam kereta. Sambil memandu beliau berurusan dengan semua orang melalui panggilan telefon – isterinya, Bethan, Bos, Klient, Pekerjanya, Penguat kuasa, Majlis Pembandaran etc.

Walaupun jalan ceritanya agak membosankan (sebab hanya babak dalam kereta sahaja), tetapi nampak perkembangan jalan cerita mampu membuat penonton memberi tumpuan.

Semua babak adalah serius, tetapi mampu membuat anda tergelak dengan dialog spontan.

Terima kasih Bro ucapakan kepada TGV kerana sudi menjemput Bro ke tayangan esklusif ini di TGV, One Utama.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

7 thoughts on “Review Filem Locke – Sejarah Silam Menghantui Dalam Satu Malam

  1. Saya dapat membayangkan kecelaruan pemikiran yang sedang dialami oleh Lock pada ketika itu. .. inilah lelaki sebenar. . Berani buat berani bertanggungjawab. .

Leave a Reply

Top