March 29, 2024

Perompak Dan Pencuri Cari Duit Saku Di Bulan Ramadhan

Perompak Pecah Masuk Rumah Hari Raya
Tinggal seminggu sahaja sebelum tibanya Aidil Fitri.

Waktu ini, ramai sibuk membuat persiapan raya. Raya setahun sekali kata mereka. Tetapi tidak bagi mereka ini – perompak dan pencuri. Waktu ini adalah waktu kemuncak mereka mencari duit saku lebih sebelum raya nanti.

Sedangkan kita sedang menyambut hari raya, mereka tetap tidak bercuti.

Setakat 3-4 rumah sehari tiada apa-apa masalah bagi mereka. Bila kita balik dari cuti raya, tengok rumah sudah kosong, dimana semua barang sudah selamat disapu oleh mereka.

Jaga Diri Ketika Shopping Raya

Jalan TAR Masjid India Syurga Beli Belah Bulan Puasa

Pada minggu terakhir Ramadhan.

Bro rasa elok anda elak berada di kawasan yang terlalu sesak (contoh Jalan TAR dan seangakatan dengannya).

Kawasan ini merupakan kawasan paling sesuai berlakunya jenayah tanpa anda sedari.

Seronok sangat shopping raya, beg plastik kiri kanan.

Sampai rumah, tengok dompet hilang. Handphone hilang (kalau sebiji tak apa juga, nie sampai berbiji-biji – zaman orang pakai hp banyak-banyak).

Jika anda tidak bernasib baik, handbag anda yang macam poket doraemon boleh bocor, dipotong oleh pencuri. Semua isi terburai keluar. Tau-tau je, handbag anda makin ringan walaupun banyak sudah yang telah anda shoppingkan.

Jangan kata handbag, beg sandang (beg laptop) juga berkemungkinan tinggi menjadi mangsa.

Ini semua based dari pengalaman sebenar yang dihadapi oleh kenalan Bro.

jika anda seorang yang jenis cuai bila dok ralit pilih baju raya etc.

Anda merupakan mangsa termudah untuk mereka yang ingin mencari duit saku lebih untuk raya ini. Dan mereka telah lama memperhatikan anda sebelum membuat keputusan bahasa anda adalah mangsa mereka yang seterusnya.

Tau-tau je, handphone anda hilang, dompet hilang, anak hilang dan suami menghilang he..23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Perompak Dan Pencuri Cari Duit Saku Di Bulan Ramadhan

  1. Orang yang hendak mencuri tidak kira bulan. Asalkan dapat habuan dan kita pula perlu peka dengan keadaan sekeliling. Perlu berhati-hati dikawasan sesak.

    Satu lagi nasihat untuk makcik-makcik yang cute selalu letak dompet didalam bag plastik ke pasar. Ada kes dompet comel hilang sebab bag plastik mudah ditoreh dengan pisau lipat.

  2. Betul tu Bro… Kena jaga keselamatan rumah dan harta benda dekat nak raya ni… Semakin dekat nak raya, semakin kena berhati-hati… Termasuk berhati-hati di jalan raya…

Leave a Reply to Aimi Shaklee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *