Perompak Pecah Masuk Rumah Hari Raya
Tinggal seminggu sahaja sebelum tibanya Aidil Fitri.

Waktu ini, ramai sibuk membuat persiapan raya. Raya setahun sekali kata mereka. Tetapi tidak bagi mereka ini – perompak dan pencuri. Waktu ini adalah waktu kemuncak mereka mencari duit saku lebih sebelum raya nanti.

Sedangkan kita sedang menyambut hari raya, mereka tetap tidak bercuti.

Setakat 3-4 rumah sehari tiada apa-apa masalah bagi mereka. Bila kita balik dari cuti raya, tengok rumah sudah kosong, dimana semua barang sudah selamat disapu oleh mereka.

Jaga Diri Ketika Shopping Raya

Jalan TAR Masjid India Syurga Beli Belah Bulan Puasa

Pada minggu terakhir Ramadhan.

Bro rasa elok anda elak berada di kawasan yang terlalu sesak (contoh Jalan TAR dan seangakatan dengannya).

Kawasan ini merupakan kawasan paling sesuai berlakunya jenayah tanpa anda sedari.

Seronok sangat shopping raya, beg plastik kiri kanan.

Sampai rumah, tengok dompet hilang. Handphone hilang (kalau sebiji tak apa juga, nie sampai berbiji-biji – zaman orang pakai hp banyak-banyak).

Jika anda tidak bernasib baik, handbag anda yang macam poket doraemon boleh bocor, dipotong oleh pencuri. Semua isi terburai keluar. Tau-tau je, handbag anda makin ringan walaupun banyak sudah yang telah anda shoppingkan.

Jangan kata handbag, beg sandang (beg laptop) juga berkemungkinan tinggi menjadi mangsa.

Ini semua based dari pengalaman sebenar yang dihadapi oleh kenalan Bro.

jika anda seorang yang jenis cuai bila dok ralit pilih baju raya etc.

Anda merupakan mangsa termudah untuk mereka yang ingin mencari duit saku lebih untuk raya ini. Dan mereka telah lama memperhatikan anda sebelum membuat keputusan bahasa anda adalah mangsa mereka yang seterusnya.

Tau-tau je, handphone anda hilang, dompet hilang, anak hilang dan suami menghilang he..23x