April 20, 2024

Iftar Bersama Team Denaihati Network di Laman Kayangan, Shah Alam

Iftar Bersama Team Denaihati 2014
Alhamdulillah

Diberi kesempatan sama seperti tahun sebelum ini dimana berpeluang untuk berbuka puasa bersama rakan blogger dan team Denaihati Network di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam.

Paling terasa nikmatnya bila perjalanan dari rumah ke lokasi berjalan lancar tanpa tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Bagi Bro agak pelik juga semalam. Kerana selalunya waktu itu, area yang Bro lalui selalu jem.

Mungkin dipermudahkan olehNya.

Blogger Bersama Denaihati Network

Tak sangka ramai juga blogger dan kenalan yang dapat menghadirkan diri. Terutama keluarga kepada arwah sahabat Bro – Saudara Jai Ramli. Malangnya Bro tidak berkesempatan berbual panjang dengan mereka.

Sekurang-kurangan ikatan ukhwan yang pernah terjalin dulu tidak putus dan terus diwarisi.

Denaihati Iftar Laman Kayangan
Denaihati sempat merakam gambar spontan kami semua.

Tetapi ramai yang perasan.

Beliau ada perasan status di facebook beliau.

Ustaz kata memberi makan untuk orang berpuasa berbuka akan mendapat pahala seperti pahala orang berpuasa tanpa mengurangkan pahala mereka.

Jadi siapa yg kita bagi hari ini?

Walaupun sebiji tamar atau seteguk air atau sesisip susu.

Hidupkan Untuk Memberi – Tagline blog Denaihati

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Ini pula group blogger lelaki yang ada 6 packs.

Ada rakan blogger yang bertanya, kenapa Bro tak duduk sekali dengan mereka? Sebab Bro memang layak duduk sekali dengan mereka (kalau ikut faktor fizikal la kan)

Malangnya Bro baru nak join, mereka terus puji, “Bro nampak kurus la”. Tertiba je perut Bro mengempis dan mereka gelak. Selamat mereka tak buat video, nampak sangat kot tertiba perut Bro mengempis.

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Bergambar bersama founder Denaihati Network.

Beliau merajuk dengan Bro bila dia mention nama Bro di instagram, Bro sedikit pun tak reply. Katanya rindu sangat sebab sudah lama tidak bertemu.

Bukan Bro tak balas. Malangnya instagram reject komen dari Bro. Kita anggap ianya sebagai masalah teknikal.

Tujuan sebenar majlis ini diadakan bukan sahaja untuk mengeratkan ikatan silaturahim, terdapat kejutan dimana untuk meraikan ulang tahun kelahiran isteri kepada Denaihati.

So Sweet..!!!

Malangnya Bro terlepas, sebab ke surau untuk menunaikan solat.

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam
Tetapi gambar dengan Puan Isteri tetap diambil (selalunya asik terlupa je – bukan bajet bujang tau)

Antara Menu di Laman Kayangan

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Iftar bersama Blogger Denaihatinetwork di Laman Kayangan Shah Alam

Kalau ikutkan banyak lagi menu yang disajikan.

Bro tak sempat nak ambil gambar kesemuanya sekali. Fokus pada menu yang berkenan di hati Bro dan sesuai dikongsikan di blog ini.

Harga?

Anda boleh refer pada laman – Buffet Ramadhan Laman Kayangan di Shah Alam.

Laman Kayangan – Seksyen 7, Shah Alam (taip “laman kayangan” jika menggunakan Waze)
Tel : 03 – 5542 4200 / 5542 4250
012-6864515 / 012-6981793 / 013-3978411
Fax: 03 – 5542 4260 / 55424270
www.segiseri.com/ramadhan2014

Emel : info@segiseri.com / sales@lamankayangan.com


Jom layan video yang sempat diambil oleh rakan blogger – itsmepuex – Jika korang memerlukan vlogger untuk buat review, hubungi beliau.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Iftar Bersama Team Denaihati Network di Laman Kayangan, Shah Alam

  1. alhamdulillah… terima kasih banyak2 kepada pihak penganjur iaitu team denai hati.. semoga murah rezeki tuan haji… menu berbuka dekat Laman Kayangan memang terbaek woo.. sedap sangat.. tak larat nak cuba semua.. :D

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *