Nora Danish dan anaknya Raykal
Ibu tunggal.

Bukan kehendak mereka untuk bergelar sebagai ibu tunggal. Berat tanggungan yang perlu mereka pikul tanpa ada sesiapa disisi untuk membesarkan anak mereka. Disini, mereka la ibu dan mereka la bapa.

Tertarik dengan persoalan yang diajukan oleh rakan blogger Suria Amanda yang juga merupakan ibu tunggal di segment Korang Tanya Bro Jawab – Part 8.

Dugaan Seorang Ibu Tunggal

Maaf sekiranya Bro menggunakan gambar Nora Danish dalam entry ini. (Nanti jumpa dia kena mintak maaf he…23x) Dalam kes ini Bro ambil Nora Danish sebagai contoh.

Kita sendiri tahu beliau sekarang bergelar ibu tunggal, membesarkan anaknya, Raykal sehingga sekarang. Cuba menepis sebarang tomohan jika dikaitkan dengan sesiapa sehingga sekarang dimana beliau nampak mempunyai hubungan dengan Nadeem.

Bagaimana pun beliau tetap menafikan mereka berdua bercinta.

Nora Danish Raykal Nadeem
Mungkin ingin menutup cerita sebenar ataupun tak nak media masuk campur hal personal beliau. Jika Bro sendiri pun, tak nak orang luar masuk campur dalam hal peribadi Bro. Kecuali nak jadi ahli keluarga Bro he..23x

Baru-baru ini, keluar isu tentang punca penceraian beliau.

Siapa tak tertekan, sedangkan kisah ini telah lama dan beliau berjaya meneruskan hidupnya bersama Raykal. Kenapa perlu diungkit?

Kisah Sebenar Seorang Ibu Tunggal

Disini ada satu kisah yang ingin Bro kongsikan kepada pembaca. Cerita sebenar yang pernah Bro lihat dan terlibat sama dalam hidup ini.

Seorang ibu tunggal hampir 20 tahun membesarkan 3 orang anak daranya akibat kematian suaminya.

Bukan senang nak jaga dan membesarkan anak perempuan berbanding dengan anak lelaki. Tetapi itulah dugaan yang beliau hadapi selama ini. Anaknya penyeri hidupnya.

Walaupun berjauhan,

Beliau sentiasa menghubungi setiap anak-anaknya atau sebaliknya setiap hari. Dibulan puasa, dia akan call untuk mengejutkan anak-anaknya walaupun mereka sudah berumah tangga.

Bila anaknya ingin berumah tangga beliau akan menangis.

Sedih.. Pilu..

Kadangkala dia menangis bila bersembang dengan Bro.

Dulu Bro selalu menghubungi dia. Bertanya khabar dan sentiasa meminta dia memasak untuk Bro setiap kali Bro singgah kerumah dia. Dia sendiri dah anggap Bro sebagai anaknya walaupun Bro tiada jodoh dengan anaknya.

Walaupun apa-apa yang terjadi bukan salah dia, tetapi salah Bro. Terasa satu kehilangan… 5 tahun bersama macam keluarga sendiri.

Moga beliau tabah… Maafkan saya mak cik.

Andai Kata Jika Bro Sudah Tiada

Peneman Hidup - Isteri dan Anakku
Andai kata, jika Bro sudah tiada lagi didunia. Apakah nasib isteri Bro sebagai ibu tunggal? Bagaimana pula dengan nasib anak perempuan Bro?

Banyak benda yang bermain di fikiran Bro.

Mampukah beliau bertahan sebagai ibu tunggal atau Bro perlu izinkan beliau berkahwin selepas Bro tiada nanti?

Bila jadi ibu tunggal ini, Banyak dugaannya. Fitnah berluasa, mulut orang susah nak dijaga. Belum lagi pandangan serong dari sesetengah pihak yang menganggap ibu tunggal ini bakal merampas suami mereka etc.

Bicara Bro : Bro rasa apa yang Bro tulis ini tak menjawab sangat soalan yang diajukan oleh Suria Amanda.

Tetapi jika diizinkan, Bro mungkin akan memperisterikan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan. Sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, menjadi tempat mereka berlindung dan mengelakkan mereka dari fitnah.

Malangnya Bro hanya manusia biasa, belum cukup mampu untuk memikul amanah ini.

**iklan : Ibu tunggal diminta segera mendaftarkan diri dengan Jabatan Pembangunan Wanita untuk menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.