April 25, 2024

Diskaun 15% Buffet Ramadhan De Palma Hotel, Shah Alam

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam

De Palma Hotel, Shah Alam

Merupakan satu-satunya hotel berkonsep syariah di Negeri Selangor yang menyediakan bufet Ramadhan bermula dari hari pertama hingga hari terakhir Ramadhan.

Berlandaskan syariah dan memiliki sijil halal membuatan Bro dan pengunjung yang lain memilih De Palma Hotel Shah Alam sebagai lokasi berbuka puasa bersama Puan Isteri dan rakan-rakan.

Hadir dengan konsep “Masakan dari Periuk & Belanga” yang merupakan warisan Melayu dahulu kala menjanjikan kelainan kepada Buffet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam pada tahun ini.

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam
** Dapat perkena ubi kayu rebut cicah sambal + kopi o pekat waktu hujan memang nikmat.

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam
Anda boleh nampak hidangan seperti ubi kayu rebus dan juga cucur cempedak juga disediakan.

Mampu mengimbau kenangan lama sekiranya anda berasal dari kampung dan satu ketika dulu meminati hidangan seperti ubi kayu rebus dan cucur cempedak. Pasti tidak akan mengecewakan anda dan keluarga.

Walaupun anda sekeluarga tidak dapat berbuka puasa di kampung halaman dibulan Ramadhan ini.

Hidangan Buffet Ramadhan De Palma Hotel, Shah Alam

Terdapat hampir 150 menu yang dihidangkan untuk santapan berbuka anda di De Palma Hotel, Shah Alam.

Antara hidangan yang diketengahkan seperti Masak Asam Pedas Ikan Pari, Rendang Udang Galah, Pucuk Paku Masak Lemak, Masak Lemak Telur Itik, Daging Masak Kicap dan lain-lain lagi.

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam
Terdapat juga hidangan seperti Sup Tulang, Gulai Kambing dan Gulai Nangka yang merupakan menu tradisi kegemaran orang Melayu.

Selain menu tradisi orang Melayu, terdapat juga menu dari masyarakat Cina dan India bagi melengkapkan gabungan 3 bangsa utama di Malaysia dalam menyahut seruan 1Malaysia.

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam
Antara menunya seperti pakora, vadey, capati dan tosai iaitu menu yang terkenal dikalangan masyarakat India.

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam
Manakala Nyonya Curry Mee diambil daripada menu kegemaran masyarakat Cina.

Selain itu, turut memeriahkan lagi menu sedia ada pada kali ini ialah lauk kenduri atau lebih dikenali sebagai lauk pengantin yang telah mendapat sentuhan moden untuk disesuaikan dengan selere golongan muda masa kini.

Bagi mereka yang mengidam masakan pengantin di bulan Ramadhan ini (Tiada rasanya orang buat kenduri kahwin time bulan ini)

Menu-menu seperti Nasi Minyak Istimewa, Ayam Masak Merah, Daging Kerutuk, Ikan Masak Masam Manis, Pajeri Nenas dan sebagainya turut terhidang untuk anda.

Elok rasanya anda datang sendiri menikmatinya bersama Buffet Ramadhan yang sedia ada di De Palma Hotel, Shah Alam

Buffet Ramadhan De Palma Hotel, Shah Alam masih mengekalkan konsep ala bazar, diantara yang dihidangkan :-

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam

Untuk mengimarahkan lagi suasana berbuka di sini,

Buffet Ramadhan di De Palma Hotel, Shah Alam turut didatangkan dengan beberapa pengisian rohani yang mungkin tidak dapat diperolehi di tempat-tempat lain.

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam
Sebelum berbuka puasa, diadakan tahlil ringkas yang diketuai oleh ustaz-ustaz jemputan bersama pelajar-pelajar tahfiz diadakan bagi mengisi waktu sengang sebelum masukannya waktu berbuka puasa.

Azan Maghrib juga akan dilaungkan secara langsung di dalam dewan The Grand Ballroom yang merupakan dewan utama untuk Buffet Ramadhan di De Palma Hotel, Shah Alam yang mampu menampung sermai 850 orang pada satu-satu masa.

Solat Maghrib, Isyak dan Terawikh juga diadakan secara berjemaah dan diimamkan oleh imam yang dijemput.

Disamping itu, alunan ayat Al-Quran akan diperdengarkan oleh Iman yang diterbangkan khas dari Yaman. Diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan denga tajuk dan isi yang menarik.

Harga Buffet Ramadhan De Palma Hotel, Shah Alam

Imarahkan Ramadhan bersama De Palma Hotel, Shah Alam.

Harga RM75/net untuk dewasa dan RM37.50/net bagi kanak-kanak.

Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Kaunter Tempahan Ramadhan di talian 03-5542 8080 atau Jabatan Jualan di sambungan 519.

Bufet Ramadhan Periuk & Belanga - De Palma Hotel, Shah Alam
** Air Mata Kucing pasti tidak akan mengecewakan anda ketika membasahi tekak sewaktu berbuka puasa.

Diskaun 15% Buffet Ramadhan De Palma Hotel, Shah Alam

Berita baik buat pembaca setia blog ini.

Anda boleh dapatkan diskaun 15% untuk Buffet Ramadhan di De Palma Hotel, Shah Alam. Anda hanya perlu hubungi 03-5542 8080 sambungan 519 untuk tempahan.

** Nyatakan nama blog – broframestone.com untuk menebus diskaun **

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Diskaun 15% Buffet Ramadhan De Palma Hotel, Shah Alam

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *