Denaihati Iftar Laman Kayangan
Kalau ikutkan, Bro kurang berminat nak kongsikan isu ini. Tetapi rasanya, perlu bro kongsikan “Luahan Hati Seorang Blogger – Part 39″ berkenaan dengan blogger yang sombong.

Bukan nak aibkan sesiapa, cuma nak bagi kesedaran kepada rakan blogger yang lain. Kita hidup hanya sekali, kenapa perlu sombong dengan orang lain.

Bro telah berblog sejak tahun 2006.

Dalam tempoh waktu itu, dapat berkenalan dengan ramai blogger.

Ada yang sekarang jadi penulis, jadi selebriti, jadi suami/isteri orang, jadi mak bapak, jadi ahli politik, jadi businessman. Ada yang hilang tanpa berita, ada yang selama ini fake dan ada yang telah pergi.

Gambar Gathering Sahabat Blogger 2011

Sekarang ini, ramai yang jadi blogger.

Terlalu ramai. Macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Malangnya tak semua blogger Bro kenal. Dan tak semua blogger kenal Bro (blogger yang hampir nak menopause).

Ada yang pernah jumpa, ada yang tak pernah jumpa. Hanya kenal di dunia maya, sembang di facebook, twitter etc.

Tak kenal maka tak cinta.

Jangan pula korang anggap, Tak bertegur tak bermakna Bro atau anda adalah seorang yang sombong. Mungkin tiada topik untuk diperbualkan.

Ada orang, rancak bersembang secara online. Bila bertentangan mata, lidah jadi kelu.

Blogger Popular Malaysia

Tapi korang mesti rasa pelik.

Bila bertahun kenal, bertahun jumpa bersembang, bergathering dan ber”dating”.

Tetapi sejak dua menjak. Bila berjumpa, susah sangat nak bertegur sapa. Sekurang-kurang hanya perlu ucapakan “Hi” ataupun naikkan kening tanda menegur.

Mungkin dia rasa tak perlu kot nak bertegur sapa, sebab selalu sangat jumpa.

Ok dah fikir positif disini.

Mungkin juga dia rasa tak layak untuk bersembang atau lepak dengan kita. Tapi bila dia sensorang, terhegeh-hegeh pula nak lepak dengan kita. Nampak sangat ke”fake”an disitu.

Bukan Bro sorang perasan, orang sekeliling juga perasan.

Iftar Bersama Blogger 2014

Bro akui, ramai blogger Bro tak tegur dan bersembang sewaktu Iftar Bersama Blogger 2014 tempoh hari.

Mungkin ada rakan-rakan yang perasan.

Bro lebih banyak duduk setempat dari berjalan-jalan.

Mungkin ada yang perasan dan ternampak sesuatu yang terpapar pada raut wajah Bro malam itu.

Kadangkala, Bro terfikir. Masihkah ada peluang lagi untuk Bro dan korang bersama lagi. Mungkinkah Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita?

Apa-apa pun terima kasih pada rakan-rakan yang sudi bertegur sapa dengan Bro.

Maaf jika ada yang nampak macam Bro nie sombong. Tegur je Bro, insya’lah Bro akan entertain anda selagi mampu.