April 25, 2024

Taylor Swift Tiba Di Kuala Lumpur Dengan Pesawat AirAsia A320

Taylor Swift arrives in Kuala Lumpur on AirAsia’s A320 aircraft for her tour
Taylor Swift tiba di Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat Airbus A320 Istimewa Taylor Swift yang telah dilancarkan oleh AirAsia baru-baru ini sempena The RED Tour dibawakan oleh Cornetto di Asia Tenggara.

Taylor Swift, band dan krew tiba hari ini dimana selepas ini mereka akan terbang pulang ke Singapura untuk konsert akhir The RED Tour di Asia Tenggara.

Taylor Swift arrives in Kuala Lumpur on AirAsia’s A320 aircraft for her tour
Dalam masa yang sama,

AirAsia juga menawarkan kepada peminat setia Taylor Swift, peluang keemasan untuk memiliki Model Pesawat AirAsia Taylor Swift.

Model Pesawat Esklusif ini didatangkan dengan 2 saiz iaitu 1:100 pada harga RM130 per unit, dan 1:400 pada harga RM107 per unit (tidak termasuk kos penghantaran).

Peminat begitu juga pengumpul model kapal terbang boleh membuat pra-tempahan Model Pesawat Esklusif dengan menghantar email berserta maklumat kepada Air Asia (Nama, No Telefon, Email, Alamat Penghantaran dan Model Pesawat Pilihan) ke redhot@airasia.com.

Peminat Swift dan orang ramai boleh terus melihat pesawat Taylor Swift di di seluruh bandar di rantau ini, dimana terdapat 88 destinasi di 22 negara selepas The RED ASEAN TOUR Dibawakan oleh Cornetto di Asia Tenggara berakhir.

Terdapat juga peluang untuk anda memenangi Cenderamata Esklusif AirAsia Taylor Swift dengan mengesan pesawat Taylor Swift dan hashtag # redhotairasia di Twitter atau Instagram dari sekarang sehingga 22 Jun 2014.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Taylor Swift Tiba Di Kuala Lumpur Dengan Pesawat AirAsia A320

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *