17,171,161 total views, 1,012 views today

Piala Dunia FIFA 2014 – Pengulas Sukan Terbaik Astro Arena

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Piala Dunia FIFA 2014 - Pengulas Sukan Terbaik Astro Arena

Pengulas Sukan Terbaik Astro Arena

Sempena Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil, Astro Arena bakal membariskan pengulas sukan terbaik yang terdiri daripada Datuk Hasbullah Awang, Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar, dan Hakim Amir bagi mengulas perlawanan-perlawanan terpilih yang akan disiarkan di Astro Arena di samping Akhbar Sahari dan Hafizal Hamad sebagai perantara setiap perlawanan.

Bermula dari tahun 2010 di mana Astro Arena selaku saluran penuh sukan tempatan pertama di Malaysia mencipta sejarah sebagai saluran televisyen pertama tanah air yang membawakan perlawanan Piala Dunia dengan ulasan dalam Bahasa Malaysia.

Ternyata gandingan mantap para pengulas Astro Arena ketika itu iaitu Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar dan Akhbar Sahari berjaya memberikan satu pilihan baru bagi penonton dan peminat bola sepak di Malaysia.

Astro Arena sekali lagi membawakan liputan sebanyak 30 perlawanan secara langsung dan lima perlawanan tertunda Piala Dunia FIFA 2014 khas buat para peminat bola sepak tanah air dengan ulasan perlawanan daripada para pengulas sukan yang berpengalaman luas dalam industri penyiaran sukan tempatan.

Sepanjang kejohanan yang bakal berlangsung bermula dari 13 Jun hingga 14 Julai 2014,

Para pengulas sukan lagenda iaitu Datuk Hasbullah Awang, Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar dan Hakim Amir akan menemani para penonton dengan ulasan setiap aksi perlawanan dalam Bahasa Malaysia.

Manakala, Akhbar Sahari dan Hafizal Hamad akan bertindak selaku perantara bagi membuka gelanggang sebelum perlawanan bermula dan menganalisa setiap aksi selepas perlawanan tamat bersama tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan bekas pemain bola sepak kebangsaan antaranya Asmawi Bakiri, Hasnizam Uzir, Nazzab Hidzan, Richard Scully, Stanley Bernard, Azlan Johar dan Jalil Ramli.

Astro Arena juga menerbitkan saluran radio atas taliannya sendiri dimana ianya akan berkonsepkan gabungan laporan sukan yang santai dan rangkaian lagu lagu tempatan serta antarabangsa.

Saluran radio ini akan keudara bermula dari 7 Jun dan akan terus menemani anda sepanjang Piala Dunia FIFA 2014 bersama penyampai seperti Burn, Dayang dan Jannah. Layari laman web Astro Arena di www.arena.my untuk mendengar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment