Courts Megastore Sri Damansara Hari Raya Sale

Ingin memenangi Jazine sofa dari SilentNight bernilai RM2399?

Senang sahaja. Anda hanya perlu tinggalkan komen di ruangan komen entry ini dengan menyatakan “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?” sebelum 26 Jun 2014 pukul 6 petang.

Hanya 10 pemenang sahaja akan dipilih untuk memenangi hadiah yang ditawarkan oleh Courts Malaysia.

Malangnya,

Hanya seorang pengomen yang meninggalkan komen di blog ini akan digandingkan dengan Bro sewaktu Courts Megastore + ID Workshop dan melayakan anda memenangi Jazine sofa dari SilentNight bernilai RM2399.

Dan selebihnya akan digandingkan dengan 9 blogger yang akan turut serta nanti.

Kalau rasa tak berminat nak bergandingan dengan Bro, anda boleh cuba nasib mengomen di 9 blog yang lain. Mana tahu jodoh anda kuat dengan mereka, tapi menang kalah adat bertanding.

Courts Megastore Sri Damansara Hari Raya Sale

Courts Megastore + ID Workshop

Ianya dianjurkan oleh Courts – Selaku pengedar perabut, barangan IT, Digital dan elektrik terbesar di Asia.

Pada bengkel ini, Anda akan diperkenalkan dengan aplikasi Digital Sofa Maker: Senang untuk digunakan, mudah dan membolehkan pelanggan untuk visualize rekaan di hujung jari.

Anda boleh design sendiri sofa anda sendiri. Terdapat lebih 2000 design/warna yang anda boleh gunakan.

Bengkel ini akan diuruskan oleh salah satu rakan kongsi Perabot Courts, jurucakap SilentNight – Wilbert Liu yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun.

Bengkel ini akan diadakan di Courts Sri Damansara dari pukul 10 pagi.

Malangnya, ia merupakan private event. So hanya 10 orang sahaja akan terpilih untuk digandingkan dengan 10 prang blogger yang terlibat.

Bukan blogger?

Bukan masalah, asalkan anda tinggalkan komen seperti yang diminta dan pihak penganjur memilih anda untuk digandingkan dengan Bro atau dengan 9 blogger yang lain.

Sofa Maker

Syarat Untuk Menyertai

Disini Bro kongsikan syarat-syarat untuk korang sertai :-

  1. Pastikan anda available untuk hadir di Courts Sri Damansara pada 28 Jun 2014  pukul 10 pagi.
  2. Nyatakan “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?” pada ruangan komen entry ini sebelum 26 Jun 2014 pukul 6 petang.
  3. Pastikan korang seorang yang kreatif dalam mendesign (jika nak join team Bro la kan he…23x)
  4. Tinggalkan link blog atau link facebook korang (untuk Bro hubungi jika korang yang terpilih)
  5. Jika korang gagal dihubungi dalam tempoh kurang 24 jam, calon lain akan dipilih.
  6. Jangan letakkan harapan yang tinggi pada Bro. Tapi kalau menang, muka korang Bro pamerkan dalam blog ini.

Itu sahaja,

Senang je nak join. Tapi yang susah nanti waktu contest berlangsung. Anda akan dipasangkan dengan Bro (nasib korang la kan) dan akan bersaing dengan 9 kumpulan yang lain.

Contoh Design Menggunakan Sofa Maker

Courts - Sofa Maker Software Screenshot 2

Courts - Sofa Maker Software Screenshot 1

Ini contoh design biasa-biasa je. Kami inginkan design dari imaginasi anda pula untuk melayakan anda memenangi Jazine sofa oleh SilentNight yang bernilai RM2399

Hadiah Utama

1 x customized 3 seater Jazine sofa oleh SilentNight yang bernilai RM2399 (harga runcit)

+ beberapa hadiah saguhati dari Courts Malaysia.

Apa lagi? Jom join sekarang dan sertai team Bro untuk memenangi hadiah utama yang ditawarkan.

Anda hanya perlu tinggalkan komen di ruangan komen entry ini dengan menyatakan “Apakah inspirasi ruang tamu kediaman anda?” sebelum 26 Jun 2014 pukul 6 petang.