HTC One M8
HTC One M8 telah memasuki pasaran Malaysia pada awal bulan Mei 2014 dimana ianya merupakan kemaskini kepada model terdahulu iaitu HTC One.
Ianya hadir dengan screen sesentuh LCD 5″ untuk paparan yang lebih menarik pada harga RM2,399.
Dengan kelajuan pemproses 2.5 GHz Empat Teras Snapdragon 801 mampu memberi kepuasan kepada pengguna Android seperti Bro.
Ini merupakan model HTC kedua Bro pernah gunakan selepas HTC Desire S pada tahun 2011.
Sepanjang 2 minggu menggunakan HTC One M8.
Kelajuannya tidak mengecewakan dari saat jari anda menyentuh pada screennya. Mungkin mampu memuaskan pengguna yang kaki chatting di WeChat, Whatsaap etc dengan fungsi multi-tasking dimana anda tidak perlu mematikan aplikasi yang sedang running untuk buka aplikasi yang lain.
Berbeza dengan HTC One.
HTC One M8 hadir dengan butang on screen home yang terletak pada bahagian tengah dan diapit oleh butang multi tasking pada bahagian kanan dan back pada bahagian kiri.
Tidak seperti HTC One, diamana anda perlu menekan butang home sebanyak dua kali untuk mengakses skrin multi tasking dan agak kurang mesra pengguna. Nak cakap lebih, Bro tak pernah gunakan HTC One sebelum ini.
90% premium metal unibody dengan design yang lebih elegant menampakan ianya lebih menarik walaupun tanpa cashing tambahan.
Dari segi rekaan rekaan tubuh HTC One M8 lebih melengkung berbanding HTC One.
Pertama kali melihatnya, Bro sudah tertarik dengan rupa luaran. Bila digandingan dengan wallpaper “Thor” seperti gambar diatas. Mampu membuatkan Bro teruja dan merasanya ianya agak serasi dan sejiwa dengan Bro.
Spesifikasi HTC One M8
- Iconic Duo Camera with HTC UltraPixel™ Camera
- 5-inch Full HD super LCD 3
- Motion Launch™
- Quad-Core 2.5 GHz
- 16GB Internal +2GB RAM
- Sense 6 with Android KitKat
- HTC BoomSound™
Kamera Pada HTC One M8
Sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan HTC One M8 hadir dengan sepasang kamera pada bahagian belakangnya.
Malangnya ianya tidak tepat dimana “kamera” pada bahagian atas kamera utama UltraPixel adalah sebuah sensor kedalaman.
Sensor ini digunakan bagi mengesan jarak di antara objek dan kamera ketika gambar diambil. Gambar yang diambil kemudian boleh diubah titik fokusnya selepas itu. Sama ada anda letak tritik fokus pada hadapan objek atau dibelakang objek.
Lebih malang, kamera UltraPixelnya masih mengekalkan 4 Mega Pixel.
Bagaimanapun anda perlu beri peluang kepadanya. Ini kerana HTC berpegang teguh kepada motto Megapixel tidak penting, tetapi lebih kepada kualiti gambar yang diambil. Disini Bro kongsikan beberapa gambar yang Bro ambil menggunakan kamera HTC One M8.
One M8 juga kini dilengkapi dwi flash bagi memberikan tona warna gambar yang lebih semulajadi apabila flash digunakan.
Dwi flash ini anda boleh lihat betul-betul disebelah kamera utama UltraPixel.
Dwi-Speaker HTC One M8
HTC One masih mengekalkan beberapa elemen rekaan HTC seperti dwi-speaker pada bahagian hadapan. Satu disebelah atas, dan satu disebelah bawah.
Dengan skrin bersaiz 5″ disertakan dengan dwi-speaker. Memang mampu memberi kepuasan kepada anda terutama yang kaki game atau yang ingin menonton video pada smartphone.
Paparan dan bunyi serasi dalam memberi kepuasan dan nikmat kepada anda.
Bicara Bro : Dari pengalaman Bro, HTC sudah banyak berubah sejak kali terakhir Bro menggunakan HTC Desire S. Jika dibandingkan dengan Samsung, Bro lebih suka berikan lebih bintang kepada HTC One M8.
Design, paparan dan beberapa fungsi yang sedia ada hampir memenuhi keperluan Bro sebagai seorang blogger dan media.
Berpasangan sekejab bersama HTC milik Blogger – Ben Ashaari.
Aplikasi yang tidak digunakan tidak perlu dimatikan dan ianya tidak memberi kesan kepada aplikasi yang sedang berjalan. Maka istilah “hang” adalah sesuatu yang sukar bro alami sepanjang tempoh review.
Fungsi multi tasking membolehkan Bro buat beberapa kerja segera tanpa gangguan dan tempoh pertukaran dari satu aplikasi kepada aplikasi lain adalah singkat.
Paling menarik, baterinya mampu bertahan lebih lama berbanding dengan Android dan iPhone yang pernah Bro gunakan.
Nampak kemas. Quad core memang power.
gambar terhasil… memang mantap.
HTC bleh aku kategorikan sebagai exclusive android!
memang menarik dan cantik..harga sahaja yang agak menakutkan..namun ia berbaloi dengan fungsinya ada dengannya!
ema pernah pakai HTC..memang best sangat…malangnya dah tercabut tempat charger..malas nak hantar baiki..nampaknya, nak kena beli yang ni kot.
mmg nmpk kmas dan mnarik.. emm, nmpk gayanya sesuai dgn harganya..tringinnya nk pakai..hihi
Antara smartphone paling terbaik di dunia selepas iPhone 5S. HTC One M8 Google Edition lagi terbaik! :)
Cuma kebanyakan review menyatakan sedikit kekecewaan terhadap kamera HTC One M8 ini
Kualiti kamera yang sangat memberangsangkan.
i pakai HTC Butterfly s dah puas hati belum lagi htc 1 m8, mmg terbaik lah
here is my VERY LONG HTC One (M8) review with detail battery life test and performance benchmarks: http://www.liewcf.com/htc-one-m8-review-18662/
cantek gambanya,,harga pon cantek
Mahalnya harga HTC one ni… Bilalah agaknya ada rezeki boleh tukar HTC saya sekarang ni dengan HTC one… huhuhu
macam nak try guna HTC pula lepas ni…:D