KitKat #BiggerBreak 1.8kg
Tak sangka terima cenderahati dari pihak KitKat Malaysia.

Edisi Terhad KitKat Chunky yang besar seberat 1.8Kg. Nampak KitKat lagi besar dari Baby Fisha, seronok dia dapat benda macam ini. Tapi Fisha tak boleh makan.

Terpaksa potong kepada 3 bahagian.

1 gua simpan dengan rumah.

1 gua bagi pada family gua di Perak sewaktu mereka bermalam di rumah gua.

1 lagi, gua bawa balik Johor untuk family mertua.

Selamat masa gua potong tempoh hari, ianya tak keras. Ada yang terpaksa potong guna pisau bermata gergaji.

Tapi silap gua, lepas potong masuk dalam peti ais. Sakit gigi nak gigit dia. Keras tapi sedap he…23x

Apa-apa pun terima kasih Bro ucapkan kepada pihak KitKat Malaysia. Harap lepas ini, sudi bagi projek lagi kepada gua dan rakan blogger yang lain.