Tak sangka terima cenderahati dari pihak KitKat Malaysia.
Edisi Terhad KitKat Chunky yang besar seberat 1.8Kg. Nampak KitKat lagi besar dari Baby Fisha, seronok dia dapat benda macam ini. Tapi Fisha tak boleh makan.
Terpaksa potong kepada 3 bahagian.
1 gua simpan dengan rumah.
1 gua bagi pada family gua di Perak sewaktu mereka bermalam di rumah gua.
1 lagi, gua bawa balik Johor untuk family mertua.
Selamat masa gua potong tempoh hari, ianya tak keras. Ada yang terpaksa potong guna pisau bermata gergaji.
Tapi silap gua, lepas potong masuk dalam peti ais. Sakit gigi nak gigit dia. Keras tapi sedap he…23x
Apa-apa pun terima kasih Bro ucapkan kepada pihak KitKat Malaysia. Harap lepas ini, sudi bagi projek lagi kepada gua dan rakan blogger yang lain.
Wah Bro Framestone. bestnya dpt kit kat 1.8kg
Tak pernah tgk sebesar ini
Rezeki. Bukan untuk dijual. Tetapi dekat oversea memang dah ada dah
wahahaha..
ruginya fisha dapat pgang jer..
1.8 kg tu mmg limited edition tue,
Bagi dia rasa sikit je…
Besar bangat 1.8kg. Hari-hari mahu makan cokelat sambil mengadap blog.
Tapi kena habiskan dalam tempoh 3hari lepas dibuka. Tak boleh simpan lama-lama he..23x
besar nya..macam mane nk dapatkan benda tu bro??
Macam mane ek nak cakap.
Sebab sebelum ini, Bro dapat projek dengan KitKat Malaysia. So sebagaitanda perhargaan, mereka berikan ini sebagai cenderamata.
Malangnya ia tidak dijual. Tapi mungkin akan datang ada.
puas kalau makan kitkat besar macam ni bro…hee :D
Puas sesangat, tapi kena makan berjemaah. Baru masuk hospital pun berjemaah he..23x
murah rezeki bro dpt kitkat sebesar tu..
Rezeki share reramai bersama keluarga. Makan sorang memang tak lalu