17,159,028 total views, 4,568 views today

WeChat Speed All Star Race

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

WeChat Speed Allstar
WeChat Speed kembali lagi dengan perlumbaan terulung bersama selebriti Malaysia. Hanya yang terpantas dan terbaik akan berentap secara Live bersama pasukan selebriti Malaysia yang mereka wakili.

Sudahkah anda bersedia?

Untuk menyertainya anda perlu memuat turun versi terbaru game WeChat Speed ke telefon pintar anda.

Selebriti WeChat Speed All Star Race

WeChat Speed Allstar
Terdapat 6 selebriti yang akan berentap didalam WeChat Speed All Star Race :-

  1. Adam C
  2. Adrian Chan
  3. Diana Danielle
  4. Elfira Loy
  5. DJ JJ
  6. Yumi Wong

Anda boleh memilih salah seorang selebriti diatas untuk menyertai pasukan mereka. Hanya 3 pelumba terbaik bagi setiap pasukan akan bertanding nanti.

Adakah ianya anda?

Anda bebas memilih pasukan untuk anda wakili. Malangnya jika anda bertukar pasukan, markah anda terdahulu akan dimansuhkan dan tidak akan dibawa ke pasukan yang anda baru wakili.

Tempoh pertandingan ini dari 19 Mei hingga 5 Jun 2014.

WeChat Speed Allstar

Pertandingan ini semakin sengit.

Seperti yang anda nampak, team selebriti di tempat pertama dan kedua jauh meninggalkan yang lain.

Markah setiap pasukan dikira dari jumlah markah yang dikumpul oleh top 3 pelumba bagi setiap pasukan. Maka anda perlu kumpulkan mata terbanyak untuk berada dalam kelompok Top 3 dalam team selebriti yang anda wakili.

WeChat Speed Allstar
Boleh nampak tak kedudukan Bro dalam team yang Bro wakili?

Kedudukan diluar kelompok ranking 1,000

Gila jauh juga tercicir. Selama ini bajet 600k – 800k tue dah cukup bagus dah. Rupanya ada yang lagi bagus. Macam mana nak kejar sampai 3,000,000 nie?

Ini baru join team selebriti di tempat ke-5 iaitu Team Adam C.

Bayangkan jika duduk dalam team selebriti di tempat pertama dan kedua. Entah-entah sudah berada di luar kelompok ranking 5,000.

WeChat Speed Allstar
Setiap kali selepas perlumbaan, markah anda secara automatik akan dikemaskini dalam senarai team selebriti yang anda wakili.

Maka anda perlu terus berlumba dan berlumbauntuk dapatkan markah yang tertinggi untuk membantu team anda berada di ranking teratas. Gunakan skill dan boost yang mampu menolong anda pergilebih jauh.

Cara Dapatkan FREE Diamond Dengan WeChat Speed All Star

FREE Diamond?

Siapa tak nak FREE Diamond kan. Dengan WeCHat Speed All Star, anda berpeluang untuk menerima FREE diamond untuk anda gunakan dalam perlumbaan ini.

Bagaimana untuk mendapatkannya?
WeChat Speed All Star - Free Diamond
Bronze Star Event

  • Sertai team selebriti dan selesaikan satu perlumbaan – 50 Diamond
  • Jemput 5 orang rakan WeChat untuk berlumba – 100 Diamond
  • Dapat 100,000 markah dalam satu perlumbaan – 100 Diamond

WeChat Speed All Star - Free Diamond
Silver Star Event

  • Selesaikan perlumbaan dengan kereta kelas B atau lebih tinggi – 50 Diamond
  • Kongsikan markah All Star ada sekali di WeChat Moment – 150 Diamond
  • Dapat 180,000 markah dalam satu perlumbaan – 150 Diamond

WeChat Speed All Star - Free Diamond
Gold Star Event

  • Dapat 250,000 markah dalam satu perlumbaan  – 200 Diamond
  • Mempunyai  25 orang rakan WeChat yang bermain game ini – 300 Diamond
  • Berada dikedudukan top 200 dalam team anda sertai – 300 Diamond ( Ini paling sukar nak diselesaikan T-T)

Banyak tak diamond yang boleh anda menangi?

Maka anda tidak perlu membazir duit anda untuk beli diamond. Malangnya peluang ini hanya untuk tempoh waktu terhad sahaja. Apa tunggu lagi, mari kutip Free diamond ini sebelum ianya tamat.

** Anda juga boleh perolehi 5 FREE diamond dengan hanya kongsikan gambar markah anda di WeChat Moment setiap hari.

Jemput Rakan Dapat FREE Diamond

Anda kekurangan rakan yang bermain WeChat Speed?

Apa kata anda jemput rakan WeChat anda untuk bermain permainan ini. Dalam masa yang sama setiap rakan yang anda jemput, anda akan perolehi FREE Diamond.

Anda hanya perlu jemput lebih rakan :-

  • Lebih 5 orang  – 10 Diamond
  • Lebih 10 orang  – 30 Diamond
  • Lebih 15 orang  – 50 Diamond
  • Lebih 20 orang  – 70 Diamond

Tawaran harian : 1000 coins, 5 Hearts. Login selama 7 hari, dapat 50 Diamond.

Bonus Harian WeChat Speed

Login WeChat Speed setiap hari untuk anda menerima Bonus Harian. Setiap hari, ada bonus yang berbeza

  • 5/19 : Dapat markah sebanyak 880,000 sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 20 Diamond
  • 5/20 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7” (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 5000 coins
  • 5/21 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5000 coins.
  • 5/22 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma.
  • 5/23 : Cecah markah 1 juta pada hari ini untuk menangi 20 Diamonds.
  • 5/24 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
  • 5/25 : Guna Gas Tank sebanyak 3 kali untuk menangi 2000 coins.
  • 5/26 : Belanja 200 Diamonds untuk dapatkan 50 Diamonds percuma.
  • 5/27 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7” (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 20:00-22:00 untuk menangi 3000 coins
  • 5/28 : Cecah markah 880,000  sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 20 Diamonds
  • 5/29 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5000 coins.
  • 5/30 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
  • 5/31 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “7” (e.g. 208,897) sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 5000 coins
  • 6/1 : Guna Gas Tank sebanyak 5 kali untuk menangi 5000 coins.
  • 6/2 : Selesaikan 3 perlumbaan untuk menangi 10,000 coins
  • 6/3 : Belanja 100 Diamonds untuk dapatkan 10 Diamonds percuma.
  • 6/4 : Cecah markah 880,000  sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 20 Diamonds
  • 6/5 : Dapat markah yang berakhir dengan nombor “8” (e.g. 208,898) sepanjang tempoh waktu 21:00-22:00 untuk menangi 5000 coins

Selamat ber”WeChat Speed” buat anda sekalian. Jangan lupa add WeChat ID : Broframestone untuk bersaing dalam WeChat Speed All Star

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 thoughts on “WeChat Speed All Star Race

  1. Bro, zumal pun join gak… Meh la add zumal84
    Hehe :))

    1. Add la bro dulu… Nanti Bro approve 🙂 Yes… ada geng

  2. Kena ada WeChat ke kalau nak main game ini?

    1. Tak de WeChat pun boleh main.. Tapi kalau ada WeChat, boleh lawan dengan member WeChat yang lain..

  3. Perghh memang best game ni … harap2 dapat kejar yang lain walaupun nampak sukar .. huhuhu… Diana Danielle … perghh ..

    1. Wei… itu isteri orang la….

  4. Cewah . . . macam boleh hadam je tips ni 😛

  5. fadz

    Salam macamane nak dpt score tggi wechat speed ni tgk cam menipu pun ada..aku pakai rider biasa dapat point sejuta lebih ..beli rider pun lebih kurang je tak faham aku mcmane ada player dapat point lebih 3juta ..mesti ada trick nak bg hijack treller tu senang keluar harap minyak tak sempat 2juta dah habis dah

  6. zikic

    bro nak tanya, yg bronze tu camne nak complete yg kedua tu? tak paham lah.

    1. Mungkin ada bug dalam game ini. Just klik “+ friend” dekat WeChat Speed. Then ia akan bawa ke akaun WeChat anda. Klik rakan WeChat anda untuk dihantra invitation. Kemudian dia akan tanya nak kembali ke WeChat Speed atau stay dekat WeChat.

      Pilih kembali ke WeChat Speed dan ulang lagi langkah tadi sebanyak 5x.

      Kalau pilih stay dekat WeChat. invitation tadi tidak akan dikira. Selamat mencuba

  7. macam mana la dorang boleh score sampai 4 juta tu…nak sampai 1 juta pun payah…huhu

  8. Eleyson

    sya pun main game ni add saya
    wechat id : imson 47

  9. Apiz94

    salam… bro.. mcm mane sy nak join dalam wechat speed all stars ?? sy ta tahu pun pasal ade artis tu .. boleh ta pm sy pakai email sy..

    1. Maaf, pertandingan WeChat Speed AllStar dah lama habis…

  10. Al-Fateh1453

    Salam.nak tanya,kenapa sy topup molpoints dlm weechatspeed… Tapi xdapat belian ya.rm110.00 habis topup…huhu.macam mana nak buat.ada sapa2 boleh bantu? Please…

Leave a Comment