Anda boleh dapati di Gerai Cherita yang terletak di Restorant Jejantas RnR Sungai Buluh menghala ke selatan.
Comel je nasi lemak ini dibungkus kecil oleh si awek yang comel. Sedap dimakan panas-panas. Selamat masa Bro order, si awek (pekerja gerai itu) tengah membungkus nasi lemak.
Memang rezeki Bro dapat menikmati nasi lemak yang masih hangat.
Sampai ikan bilisnya tidak mengecewakan dibalut bersama daun pisang dan telur rebus dipotong 1/4. Mungkin anda juga perlu mencubanya sekiranya singgah ke RnR ini.
Susah hendak dapat nasi lemak yang dibalut dengan daun pisang. Lagi naik bau aroma nasi lemaknya. :-)
Nasi lemak berdaun pisang memang sesuatu yang menyelerakan…. Aromanya terbit, lagi2 tengah hangat :)
Chop nasi Lemak Cherita yang terdapat pada bungkusan nasi lemak ni memang bagus… Teknik promosi terbaik… Kalau teknik promosi bagus, nasi lemak pun sedap, cara layanan pelanggan pun bagus tak mustahil perniagaan nasi lemak ni boleh pergi jauh…
Tak pasal-pasal terorder lebih sebungkus he..23x
ada lagi nasi lemak 1.50? kat terengganu ni tak jumpa lagi
paling murah stakat ni nasi lemak RM0.79 sen yg aku jumpa di Tesco Extra Klang,,,
http://www.mrjocko.com/2014/03/nasi-lemak-79-sen-di-tesco-malaysia.html
Dekat rnr memang banyak nasi lemak RM1.50 nie..sepanjang aku gerak dr utara ke lembah klang memang banyak rnr yang menyediakan hidangan nie..memang sedap..
aik, dalam bulan 3 ke 4 hari tu pergi, die tutup sebab reno. ke saya salah tengok?
Cer hang tengok betul-betul
Nasi Lemak kat kedai Amal Serbanika RNR sg buluh sedap. Ada nasi Lemak Kuning pelbagai lauk baru RM 1.20 jer. Nasi lemak Hamidah pun sedap. Byk nasi lemak kat kedai Amal ni..