Nasi Lemak Cherita - RM1.50
Nasi lemak RM1.50 ditemui.

Anda boleh dapati di Gerai Cherita yang terletak di Restorant Jejantas RnR Sungai Buluh menghala ke selatan.

Comel je nasi lemak ini dibungkus kecil oleh si awek yang comel. Sedap dimakan panas-panas. Selamat masa Bro order, si awek (pekerja gerai itu) tengah membungkus nasi lemak.

Memang rezeki Bro dapat menikmati nasi lemak yang masih hangat.

Sampai ikan bilisnya tidak mengecewakan dibalut bersama daun pisang dan telur rebus dipotong 1/4. Mungkin anda juga perlu mencubanya sekiranya singgah ke RnR ini.