April 19, 2024

Bubur Ayam – Pekan Parit Raja

Bubur Ayam - Pekan Parit Raja
Kesejukan waktu petang selepas hujan. Menemani puan isteri jalan shopping pepetang disekitar pekan Parit Raja.

Dalam mood kemalasan, puan isteri mengumpan untuk belanja ayam goreng di gerai yang paling dia minat sewaktu kecil. Tak sangka, Bro ternampak menu bubur ayam di gerai tersebut.

Bubur ayam?

Macam best je, macam sedap je perkena time-time sejuk selepas hujan di waktu petang.

Pujuk puan isteri nak lepak di gerai perkena bubur ayam. Macam menarik je, macam romantik je he…23x RM4 semangkuk, plan nak perkena semangkuk dan kongsikan dengan puan isteri (bajet romantik la tue).

Tau-tau puan isteri beli 2 mangkuk.

Bila rasa, baru terasa memang patut puan isteri beli 2 mangkuk. Sedap…

Bro nampak pekerja di gerai tersebut busy membungkus bubur ayam berbanding ayam goreng.

Baru 5 minit Bro menikmati, anak peniaga di gerai itu berkata “maaf bang, bubur ayam dah habis. Kena tunggu 5 minit baru siap”

Perhhhhhh…!! Laku siot bubur ayam dia hari ini. Memang murah rezeki.

Tetapi RM4 tue terasa mahal la pulak (dah nak dekat sama dengan bubur ayam McD) Tetapi bila nampak isi didalamnya termasuk telur masin + lobak masin + sambal ikan bilis. Memang harga RM4 itu berbaloi-baloi.

Harap ada rezeki, boleh singgah lagi ke gerai ini.

** Maaf, lupa ambil gambar gerai ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Bubur Ayam – Pekan Parit Raja

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *