Blogger Movie Day Out : Animasi SuperSquad

16,895,087 total views, 2,481 views today

Blogger Movie Day Out : Animasi SuperSquad

Press Conference SuperSquad
Kepada rakan-rakan blogger, minggu ini Bro akan organize Blogger Movie Day Out : Animasi SuperSquad. Khas buat rakan-rakan blogger yang ada keluarga dan anak kecil meluangkan masa bersama.

Yang tiada anak pun boleh datang juga. Kot-kot nak bawa anak sedara ke anak buah ke untuk turut sama memeriahkan aktiviti hujung minggu ini.

Detail :-
eCurve, Damansara
17 Mei 2014 – 1.30 ptg (daftar) & 2.30 ptg masuk hall.

Bro book satu hall untuk himpunkan blogger seperti anda yang inginkan aktiviti riadah bersama keluarga. Dalam masa yang sama menonton filem animasi tempatan – SuperSquad dimana episod bersiri mereka sedang ditayangkan di TV3.

Sinopsis Filem Animasi SuperSquad

Filem Animasi SuperSquad yang mengisahkan 5 orang adiwira, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron, apabila Bumi diserang oleh makhluk asing.

Sebuah filem epic โ€˜action comedyโ€™, filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan berbagai lagi.

Press Conference SuperSquad
Untuk memeriahkan lagi, moskot SuperSquad juga akan didatangkan untuk anda, eh anak anda bergambar dan bermesra.

Jika anda bertuah, maybe rakan artis akan turut sama hadir.

Antara pelakon suara (voice over) yang membintangi watak-watak dalam filem animasi ini iaitu Aaron Aziz sebagai Laksamana Aaron, Dafi sebagai Kapten Danny dan Diana Danielle sebagai Elly adalah peneraju utama yang membintangi filem ini.

Filem Animasi ini akan ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia pada 5 Jun 2014.

Bicara Bro : Bagi rakan-rakan blogger yang ingin turut hadir. Boleh PM di facebook Bro Framestone sebelum pukul 4 petang 15 Mei 2014.

Harap anda sudi sebarkan info ini kepada rakan-rakan anda ๐Ÿ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Page with Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *