17,153,210 total views, 4,514 views today

Bermalam Di Concorde Inn, KLIA

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Concorde Inn KLIA
Malam terakhir setelah hampir seminggu puan isteri berkursus di Concorde In, Kuala Lumpur International Airport.

Maka Bro bercadang bermalam disana. Sekurang-kurangnya, hari terakhir Bro sudah berada disana untuk bawa puan isteri pulang. Lagipun jarak perjalan dari rumah ke sana hampir 84km. Tak larat nak pergi balik.

Rugi…..

Khamis petang, Bro keluar ofis awal uruskan beberapa perkara sebelum terus ke Sepang.

Check in bilik hotel dalam pukul 5 lebih. Selamat sudah booking secara online. Dapat Executive Room pada harga RM284 tidak termasuk cukai.

Executive Room, Concorde Inn, KLIA

Concorde Inn KLIA

Concorde Inn KLIA
Bilik agak luas dan selesa.

Sofa diatas, merupakan port Bro melepak dalam bilik sambil main game dekat handphone.

Dekat karbinet TV pula, tempat Bro buat kerja sambil online di laptop. Nikmat online sambil menonton tv sebelah-sebelah.

Kelajuan internet amat memuaskan. Setiap pelangan mendapat id mereka sendiri dan password yang berdaftar. Maknanya orang lain tak boleh guna id kita dengan password yang didaftarkan atas no bilik kita.

Bro gunakan pada laptop, iPad dan juga handphone.

Concorde Inn KLIA

Disebabkan, puan isteri masih berkursus. Bro berjalan keliling kawasan hotel.

Pusing punya pusing, dekat kolam ini juga Bro lepak. Malangnya tak dapat nak cuci mata dekat sini he…23x sebab dah lewat petang.

Sewaktu merayau terjumpa Gym yang disediakan disini. Dibuka dari awal pagi hingga malam. Plan esoknya nak lepak sini. Tapi macam biasanya, plan hanya tinggal plan. Buatnya idak he..23x

Breakfast Concorde Inn KLIA
Malam dinner dengan puan isteri di cafe yang disediakan.

RM48 seorang tidak termasuk tax (harga pada hari biasa, bukan harga untuk hujung minggu). Tak sempat nak ambil gambar sebab hidangan kambingnya sungguh menyelerakan.

Gambar diatas sempat ambil sewaktu breakfast dengan puan isteri.

Concorde Inn Kuala Lumpur International Airport

Jalan KLIA 1/60, KLIA, 43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 8783 3118 Fax: +603 8783 1211

http://sepang.concordehotelsresorts.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Bermalam Di Concorde Inn, KLIA

  1. Tu dia , relaks bahek punya noo seminggu.. 2nd baby in progress? Ngeee…

    1. Bro datang semalam je.. Bukan seminggu he..23x

  2. memang menarik tak terkata tempat macam tu!

  3. Boleh tahan juga harga bilik dekat Concord In KLIA ni…

    1. Ada je bilik murah, tapi dah habis he…23x

  4. bestnya hidup dapat lepak2 di hotel cam orang kaya! :))

  5. haiyo manyak syok tuh bro… lama tak makan kambing..

    1. If ada peluang, memang bro tibai je… asalkan lepas makan ada port nak lelap

  6. Suka makan char kway teow goreng kat cafe dia memang sedap tapi dah lama tak singgah jadi tak tahu ok lagi ke tidak.

    1. Alamak.. tempoh hari x perasan la pulak

Leave a Comment