April 25, 2024

Awak Nak Kahwin Dengan Saya

Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya

Awak Nak Kahwin Dengan Saya

Kalau la ada wanita yang sudi cakap macam itu pada Bro sekarang he…23x Macam la ada yang berani cakap macam tue dekat suami orang. Kalau suami orang cakap dekat awek comel macam dalam gambar ini, sure ada punya.

Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya merupakan filem terbaru dari MiG arahan pengarah berbakat Eyra Rahman yang sudah ditayangkan di pawagam berhampiran pada 22 May 2014 yang lalu.

Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya
Filem komedi romantik menampilkan pelakon berpengalaman Fezrul Khan dan juga Erin Malik.

Seperti yang kita sedia maklum, kedua-dua watak mempunyai 2 personaliti yang berbeza dimana Fezrol Khan yang sentiasa nampak serius dan Erin Malik, seorang yang agak ceria manja gitew.

Apa yang Bro boleh katakan, sweet sangat lakonan mereka berdua dalam filem ini.

Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya

Ia juga turut dibarisi oleh pelakon seperti Zalif Sidek, Shima Anuar, Emily Chan, Mustapha Kamal, Ruminah Sidek, Lydiawati, Delimawati dan Bobo.

Eh Bobo?

Yup… Bobo yang itu.. Tak kan tak ingat kot?

Kalau rasa nak tengok macam mana Bobo berlakon boleh la tonton filem ini. Jika tidak, tutup je mata time babak ada dia he…23x (Sorry Bobo, no heart feeling ok).

Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya
Bergambar bersama Hero filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya – Fezrol Khan.

Trailer Awak Nak Kahwin Dengan Saya

Sinopsis Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya

Filem Awak Nak Kahwin Dengan SayaFilem ini mengisahkan tentang Andika (Fezrul Khan) yang merupakan seorang bos kepada Putri (Erin Malik).

Mereka berdua mempunyai karakter yang jauh berbeza, Andika seorang ‘Perfectionist’ manakala Putri seorang yang ‘clumsy’.

Beliau dipaksa untuk pulang berjumpa dengan neneknya setelah 3 tahun membawa diri yang kecewa ditinggalkan bekas kekasihnya, Sara (Shima Anuar).

Malangnya beliau perlu pulang bersama kekasihnya sedangkan beliau tidak mempunyai kekasih.

Tetapi beliau mengaku yang beliau sudah mempunyai kekasih untuk menyakiti hati Sara yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Tak sangka penipuan beliau cepat tersebar dan memaksa beliau meminta Putri menyamar menjadi kekasihnya.

Andika telah membawa Putri pulang ke kampung halamannya setelah 3 tahun tidak menjejakkan kaki di sana kerana menjauhkan diri dari ayahnya, Dato’ Osman (Mustapha Kamal).

Tetapi ramai yang tahu beliau membawa diri sebab putus cinta dan ayahnya memperkecilkan “kekurangan” yang ada pada dirinya jika dibandingkan dengan abangnya.

Ketika di kampung, Putri dikenalkan dengan keluarga besar Andika dan menyebabkan Putri yang hidup sendiri sejak kematian ibubapanya merasa sangat terharu dengan layanan yang diberikan.

Pelbagai perkara terjadi sepanjang mereka di sana sehingga penipuan yang dirancang oleh Andika selama ini terbongkar dan Putri memilih untuk membawa diri.

Bro bagi 4.5 bintang untuk filem ini.

Lawak tengok lakonan Fezrol Khan. Walaupun muka serius, tetapi mampu mencuit hati anda.

Begitu juga dengan Erin Malik. Ala comelnya dia.. Malangnya tak sempat nak bergambar dengan dia tempoh hari. Kecewa sat…!!!

Filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya

“Awak Nak Kahwin Dengan Saya?”, blogger Deq Noor bertanya.

Ampunkan saya wahai Deq Noor… Next time kita tengok wayang lagi…..

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

8 thoughts on “Awak Nak Kahwin Dengan Saya

  1. Wajah Bro nampak lebih Fotogenik berbanding Fezrol Khan… Mungkin wajah dia dalam keadaan keletihan selepas melayan sesi Autografi bersama peminat?

Leave a Reply to zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *