March 28, 2024

Wak Doyok – Aura Maskulin Melalui Jambang

Sejak dua menjak Bro macam tertarik dengan seseorang yang Bro rasa mempunyai penampilan yang tersendiri.

Tengku Muhammad Azwan Shah atau lebih dikenali dengan nama panggilan Wak Doyok – pencinta dan pereka fesyen pasti mengenali nama beliau.

Bukan setakat di Malaysia, malah Singapura, Indonesia, Jepun termasuklah pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish) di Eropah turut mengenalinya.

Bro pula kenali beliau bila menjadi perbualan sesetengah rakan artis yang Bro kenali.

Begitu juga bila rakan-rakan blogger up gambar bersama beliau ketika majlis Malaysia Social Media Week Blogger Awards 2014.

Baru-baru ini beliau antara orang yang berpengaruh diberi kepercayaan oleh pihak Nokia untuk review phone terbaru mereka.

Wow….!!!

Dah lama Nokia tak roger Bro untuk review phone terbaru mereka. Terutama model Lumia yang mempunyai kamera yang mampu buat Bro tergoda he…23x

Wak Doyok Shakiddo Azwan Anuar
Kredit buat Shakiddo.

Wak Doyok

Beliau bukan artis popular sebaliknya penampilan pemuda ini yang berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, gaya jejaka berusia 33 itu sarat aura maskulin era Inggeris 60-an.

Beliau mula menyimpannya ketika bekerja secara sambilan di sebuah butik dari Britain iaitu Ben Sherman.

Butik yang beroperasi sejak tahun 1963 itu mengambil beberapa inspirasi fesyen seperti gaya vintaj Mod. Stail itu menjadi ikutan anak muda sekitar tahun 50-an hingga 60-an.

Beliau terbabit dalam bidang ini sejak 1996 lagi walau bagaimanapun beliau bergerak secara ‘underground’ dan mula menggemari fesyen sekitar 1992 di mana ketika itu beliau meminati fesyen Skinhead.

Kecenderungan ini menyebabkan seorang rakannya yang baru pulang daripada Britain memberikannya Mods Bible yang menceritakan mengenai fesyen yang lebih hebat daripada Skinhead.

Dalam misi memperbesarkan jenama The Garment pula, ramai rakan menggalakkan beliau terbabit dalam bidang fesyen secara ‘mainstream’ berbanding secara ‘underground’ memandangkan permintaan yang tinggi daripada pengikutnya.

Selain itu,

Beliau ada menawarkan khidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Antara selebriti yang sering bekerjasama – Ameer Forteen, Pretty Ugly, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.

Bicara Bro : Gua rasa macam nak tukar gaya penampilan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Wak Doyok – Aura Maskulin Melalui Jambang

  1. Memang staylo lo lah Wak Doyok ni… Dari reaksi muka nampak keyakinan diri dangan penampilan beliau.. Bukan senang nak berjumpa dengan orang yang mempunyai aura macam ni.. ;)

  2. itu muka gua ketika tidak berjambang dan bermisai bro. sekarang gua dah berjambang dan bermisai ala-ala abang polis (A. Galak) dalam cerita roda-roda kotaraya

  3. saya langsung tak tau dan tak kenal siapa Wak Doyok…anak2 saya sibuk bercerita pasal Wak Doyok..satu hari anak bongsu saya tunjuk kat internet..dia org mungkin teruja kut tgk cara penampilan Wak Doyok..lalu saya cakap…fesyen tu dah biasa la om tgk dan kebetulan saya mmang suka cara dressing ala inggeris kl tak silap la saya dan adik saya mengelar nye Old School..lagi pun saya mmang mbesar dgn cara penampilan cam tu dan saya ckp kat anak2 saya nenda awak dulu2 memang dressing cam tu..tak ada apa yang pelik nya dgn cara penampilan Wak Doyok..he look so smart and l like it.

Leave a Reply to Kimi Jamai Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *