You are here
Home > Tip Bernas Bersama Bro Framestone > Tips Mengekal Aura Positif Dalam Diri

Tips Mengekal Aura Positif Dalam Diri

Aura Positif
Bro rasa ramai antara anda yang ingin sentiasa mengekalkan aura positif dalam diri anda sekurang-kurangnya dari anda melangkah kaki keluar rumah mencari rezeki hingga melelapkan mata diwaktu malam.

Bro sendiri akui, yang Bro inginkan aura positif itu sentiasa ada pada diri Bro untuk memastikan Bro sentiasa bersemangat sepanjang hari dan membuat orang sekeliling selesa bila bersama dengan Bro.

Tapi… Bagaimana?

Menarik persoalan disitu.

Tak semua orang mampu memiliki aura positif dari pagi sampai ke malam.

Ada yang awal-awal pagi audah menerbitkan aura negatif pada dirinya – malas nak bangun pagi, malas nak pergi kerja, bermasam muka dengan rakan serumah.

Ataupun mungkin terbawa-bawa perasaan sakit hati dari semalam.

Ish…23x

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger
Menurut Judith Orloff, penulis buku berjudul Emotional Freedom: Liberate Yourself From Negative Emotions and Transform Your Lifesays. Terdapat sembilan cara untuk mengelak aura negatif pada diri anda:-

1- Melencong

Melencong ek bukan melancong tau kenkawan. Bila anda menyedari topik perbualan terarah pada sesuatu yang kurang elok atau yang anda tidak suka, maka lencongkan topik perbualan tersebut.

Contohnya – Mengumpat, Bergosip, Fitnah atau seangkatan dengannya (lainlah kalau benda ini sudah menjadi makanan anda seharian).

Dengan cara yang sopan anda dapat mengubah topik perbualan yang mampu menarik perhatian rakan anda dan melupakan topik yang terdahulu.

Ramai yang Bro jumpa, pandai ubah topik perbualan terutamanya puan isteri he…23x Dengan demikian aura positif dalam diri anda akan kekal ada.

Bersama Zalif Sidek - MiGCNY2014
2- Menjarakkan Diri

Melarikan diri dari masalah memang tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Tetapi, jika anda melarikan diri dari hal yang mampu mempengaruhi aura postif dalam diri anda, itu penting.

Jika anda memiliki rakan sekerja atau teman yang mempunyai hobi (atau kerjaya) menghasut, suka mengadu atau suka tikam belakang, seeloknya anda segera jauhkan diri.

Tetapi ianya bukan bererti anda perlu bermusuhan dengan rakan anda.

Hanya cukup jika anda mampu menjarakan diri dan tidak terlibat sama (bersubahat) dalam hal-hal negatif seperti di atas.

SBB 2014 - Sepetang Bersama Blogger
3- Fikir Sesuatu Yang Positif.

Sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik terhadap orang lain. Ini dapat mengalihkan fikiran anda dari perkara yang negatif kepasa sesuatu yang lebih positif.

Kadangkala memang sukar untuk berfikiran positif dalam situasi negatif yang anda hadapi.

Paling kurang, anda hanya perlu menutup mata, bawa bertenang (beristighfar pun ok) dan fikirkan sesuatu yang mampu mengembirakan hati anda.

Insya’lah ianya dapat memberikan ketenangan diri, fikiran dan hati anda.

4- Elak Memberi Respon Beremosi

Ada kalanya kita sendiri tidak boleh memberi respon terhadap sesuatu perkara. Bila kita memberi respon dalam keadaan emosi tidak terkawal, maka ianya mampu membangkitkan aura negatif pada diri anda dan menyebabkan orang lain kurang senang dengan anda.

Jika anda terdesak atau didesak, cuba kawal keadaan diri anda supaya tenang dan tidak hanyut dalam aura negatif sekeliling (atau terikut dengan hasutan Syaitan).

Tarik nafas dan beristighfar seketika. Bila keadaan terkawal baru anda memberi respon dalam keadaan waras dengan bernada rendah. Elakkan memberi respon dalam nada tinggi (menjerit atau teriak) dan cuba fokus pada apa yang akan anda perkatakan.

Abaikan kata-kata negatif dan jangan memberikan sedikit respon (kata/ tindakan) terhadap aura negatif yang terbit dari mereka.

Nisa Kay Bro Framestone iPad
5- Berhenti Menilai Orang Lain

Kadangkala kita selalu ternilai kecacatan orang lain sehingga terlupa segala kebaikan yang pernah ada pada diri mereka.

Berhentilah menilai orang lain dan elak berkata tentang penilaoan anda kepada orang lain. Ini mampu membuat uara negatif pada diri anda pergi kepada orang lain dan membuat mereka juga berfikiran negatif pada orang yang anda nilai.

Bro pasti, anda juga tak ingin dinilai secara negatif oleh orang lain. Betul tak?

Denaihati MSMW2014 iPad Mini
6- Dekati Mereka Yang Positif

Pada saat adan berada dalam situasi yang negatif dan tidak menyenangkan anda. Jangan peningkan kepala, apa kata anda dekati mereka yang mempunyai aura positif.

Setiap individu pasti memiliki aura negatif dan positif, tetapi bergantung pada aura mana yang lebih mendominasi.

Kalau boleh elakkan diri anda dari memindahkan aura negatif anda kepada mereka tetapi tarik aura postif mereka untuk buat anda lebih positif dari sebelumnya.

Aura Positif
7- Cipta Lingkungan Positif Anda.

Tak susah pun nak cipta lingkungan positif untuk diri anda. Jika anda rasa aura negatif bermula saat anda bangun pagi. Ubahsuai tempat tidur anda dan gunakan warna yang mampu memberi kesegaran kepada anda sewaktu bangun tidur. Pastikan juga ianya tidak berselerak.

Di tempat kerja pula, pastikan meja kerja anda lebih kemas dan dihias sesuatu yang mampu memberi ketenangan. Contoh letak gambar keluarga atau orang teristimewa dalam hidup anda. Jangan letak gambar bos nanti orang ingat korang ada skandal etc.

Jika anda rasa kurang selesa dengan tempat kerja anda. Cari kerja baru, tak salah berubah angin dan ianya bagus untuk produktiviti dan motivasi anda sendiri. Paling teruk pun mintak tukar department.

Jika anda ada masalah dengan pasangan anda. Jangan pula anda bertukar-tukar pasangan. Jika rasa tidak sesuai, lepaskan dia. Mana tahu punca aura negatif dalam perhubungan sebenarnya berpunca dari diri anda sendiri.

Teratak Dato' Abdullah Hadi
8 – Pilih Pasangan Yang Positif

Anda perlu bijak memilih pasangan terutama yang memiliki aura positif dan mula menjalinkan hubungan yang lebih baik.

Perkara ini dapat membantu mempertahankan dan menambah aura positif yang sedia ada di dalam diri anda dan juga hubungan anda. Dengan ini, anda dapat menciptakan suasana yang baik dan saling membantu dalam segala situasi dengan aura positif dari kedua belah pihak.

Jika wujudnya aura negatif dalam rumah tangga anda, maka agak sukar untuk merasai kebahagiaan yang anda idamkan semalam ini dengan pasangan hidup anda.

9- Perhatikan isyarat

Aura negatif yang sedia ada, kadangkala membawa perkara positif terhadap diri Anda. Perkara tersebut terjadi bila aura negatif merupakan isyarat yang diberikan kepada anda untuk segera beredar dari tempat tersebut dan mencari tempat yang lebih baik.

Biasanya, ini terjadi apabila anda cara telah anda lakukan untuk mengubah aura negatif yang ada menjadi aura positif. Jadi, tidak ada salahnya jika anda mula pertimbangkan peluang lain di tempat yang baru πŸ™‚

Dan Bro pernah beberapa kali berpindah ke tempat baru untuk memulakan sesuatu yang lebih positif dari yang sebelumnya.

Bukit Malawati
Bicara Bro : Dari facebook, blog sampai ke alam realiti. Mana-mana yang ada aura negatif, memang Bro akan elak.

Mungkin sebab itu, Bro jarang dekati awek yang suka mengadu atau mengeluh sesuatu yang remeh temeh. Sebab secara tak langsung, dia sendiri memindahkan aura negatif kepada Bro.

Comel tengok monyet-monyet dekat puncak Bukit Malawati.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

29 thoughts on “Tips Mengekal Aura Positif Dalam Diri

    1. Kalau kita positif, apa benda yang kita buat pun akan nampak ikhlas dan orang akan ingat.

      Ingat lagi x kes bro alihkan kerusi tempoh hari untuk bagi laluan? Cer ingat

  1. bro, nak tambah satu! ingat diri kita ketika mana kita baru menapak, susah payah kita. insyaallah akan memotivasikan diri jugak. point yg paling setuju, jangan lari dari masalah sebab itu takan menyelesaikan masalah. terbaik!

Leave a Reply

Top