You are here
Home > Bersama BroFramestone > Singgah Sebentar Di Teratak Musollah Ehsan Milik Kenalan Blogger

17,438,807 total views, 2,662 views today

Singgah Sebentar Di Teratak Musollah Ehsan Milik Kenalan Blogger

Teratak Dato' Abdullah Hadi
Sekali lagi tersinggah sebentar di Teratak Musollah Ehsan milik kenalan Blogger – Dato’ Abdullah Al-Hadi yang juga pemilik blog Luah Fikiran.

Walaupun kehadiran Bro tidak dirancang, Beliau tetap menerima kehadiran Bro dan keluarga dengan hati yang terbuka.

Kata dia, murah rezeki jika meraikan atau menerima kehadiran tertamu di rumah. Oleh sebab itu, rumah beliau diubahsuai untuk dijadikan surau dan juga kelas agama bagi masyarakat sekeliling.

Dato’ Abdullah Al-Hadi dulu merupakan Mantan Naib Timbalan Cansellor di UPSI dan juga di UPM.

Teratak Dato' Abdullah Hadi
Selesai je menghadiri majlis perkahwinan kenalan blogger yang Bro kenali pada tahun 2008 (jangan tanya siapa, korang sure tak kenal) di Bangi.

Ajak janggal jika terus pulang ke Rawang.

Maka terdetik hati Bro untuk melawat beliau, lagipun rumahnya bukannya jauh mana walaupun 2-3x pusing tempat yang sama di sekitar Bandar Baru Bangi (kes dah lama xlalu sana – dulu port masa skandal dengan budak UKM).

So call je, terus dia jawab, “Assalamualaikum Brother Frame Batu” he…23x Sesuka hati je… Tapi ok la, dapat buat Bro gelak-gelak.

Teratak Dato' Abdullah Hadi

Rupa-rupanya bukan Bro sorang je blogger yang datang rumah dia hari ini. Kak Ayu juga hadir mengamatkan suasana. Kan Bro dah kata, tuan rumah memang mesra rakyat orangnya. Bro sendiri pun rasa segan dengan beliau.

Rumah beliau juga menjadi tumpuan rakan-rakan blogger yang berdekatan mahupun yang berjauhan setiap kali turun ke KL.

Apa keistimewaan beliau.

Semua tetamu @ blogger dia anggap sebagai keluarga.

Masuk kali ini, dah beberapa kali dia ajak bermalam di rumah beliau. Nampak gaya next time dah tak boleh tolak he…23x

Bicara Bro : Lately Bro rasa macam nak melawat semua kenalan yang Bro pernah ada dan yang bakal ada. Sebab kita sendiri pun tak tahu bila kita betul2 ada kelapangan untuk bersama dengan mereka.

Al-fatihah buat semua kenalan blogger yang telah pergi sejak tahun 2006 hingga sekarang.

Mungkin selepas ini giliran kita. Siapa tahu… Jika Bro dijemput, harap diletakan bersama mereka yang beriman. Banyak dosa yang ku pikul, harap ianya mampu gugur seperti mana dosa seorang ibu melahirkan anaknya – amin –

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

4 thoughts on “Singgah Sebentar Di Teratak Musollah Ehsan Milik Kenalan Blogger

Leave a Reply

Top