Selamat Pengantin Baru - Eja Kamil
Alhamdulillah,

Akhirnya ke jinjang pelamin juga kenalan blogger bro sejak tahun 2008 – Eja Kamel dengan jejaka pilihan. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Rasa macam dah lama x berhubung sejak Fisha lahir.

Tau-tau je minggu lepas dia hubungi Bro di fb, “Abang, akaun facebook lama abang tak aktif ke?”

“Yup, memang dah lama abang tak aktif dekat fb lama, nape Eja?” tanya gua.

“Patut la, hari itu ada PM mintak alamat dekat sana”

“Alamat? Nak buat apa? Nak jemput datang majlis ke?”

“Eh, macam mana tahu nie?”

“Ye la, habis nak alamat abang buat apa lagi. Tak kan nak pinang Abang kot? Ada la kosong lagi beberapa kouta je”

Selamat Pengantin Baru - Eja Kamil

Bro kenal beliau tahun 2008 melalui blog kawan dia. Time tue tak tahu pula dia adalah blogger.

Dari situ bermulanya perkenalan kami. Kenal-kenal gitew je.

Pertama kali jumpa masa majlis perkahwinan kawan blogger dia yang memperkenalkan dia dengan Bro.

Kali kedua, jumpa masa majlis rumah terbuka di rumah beliau. Sebab itu boleh relax je cari rumah dia walaupun xde kad atau map he..23x (Selamat dia buat dekat rumah, kalau dekat dewan or tempat lain. Map wajib ada)

Kali ketiga?

Masa Bro lepak McD dating dengan budak UKM masa dia tengah jiwa kaco onar.

Kali keempat, semalam masa dia dah sah jadi isteri orang. He..23x rajin tak Bro kira. Apa-apa pun tahniah….!!!