You are here
Home > Iklan > Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC dari 24 April hingga 4 Mei 2014.

Sudahkah anda meluangkan masa ke sini? Terutama kepada rakan-rakan yang menerima BB1M – Bantuan Buku 1Malaysia?

Malangnya Bro hanya sempat luangkan 1 jam setengah sahaja di sini. Tak banyak booth dapat Bro lawati (walaupun niat asal datang ke PBAKL2014 hanya melawat 3 booth ini sahaja.

Booth PTS

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Dah lama janji nak jumpa dengan mamat ini, En. Izzat Amir merangkap orang kuat PTS. Dah lama berjanji dengan beliau untuk berjumpa.

Rupanya kedatangan Bro ke Booth beliau bukan diraikan dengan tangan kosong.

Ada sedikit benda serius diperbincangkan. Malangnya lokasi ini, bukan tempat yang sesuai atau selesa untuk bincang perkara seperti ini. Insya’lah Bro akan kongsikan dengan korang kelak.

Tungguuuu…!!!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Sebelum bergerak ke booth lain.

Bro dapatkan beberapa buku dari PTS hasil tulis Tokoh Sasterawan Negara – A. Samad Said. Antara buku beliau yang Bro perolehi :-

  • Antara Kabus Ke Kabus
  • Bendera Di Atas Bukit
  • Jalan Retak

Booth PIXI – Lejen Press

Booth seterusnya yang Bro lawati PIXI & Lejen Press. Ingatkan singgah sini dapat berjumpa dengan member Bro merangkap founder Lejen Press – Aisa linglung.

Malangnya, waktu itu beliau masih lagi dirumah.

Dah lama tak lepak dengan beliau, Bro asik kena bahan je dengan dia dekat facebook da instagram. Entah apa yang dia tak puas hati pun xtau la.

Ke sebab dah bertahun dia ajak, tapi sampai la nie Bro tetap tak singgah kedai dia lagi kot He…23x

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Dan ini hasil rampasan puan isteri sewaktu menghabiskan masa di booth ini (3 buku RM50) :-

  • Suspek – Inawza Yusof
  • Mangsa – Gina Yap Lai Yoong (Sambungan kepada novel bestseller Ngeri)
  • Gantung – Nadia Khan

Booth Indieke – Sang Freud Press

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Dekat booth ini, Bro dapat berjumpa member merangkap orang kuat – Aloy Paradoks. Semua karya beliau Bro amat sukai, terutama teater mahupun buku yang beliau tulis.

Cuma lately Bro banyak miss persembahan teater beliau. Agak kecewa gak disitu.

Di booth ini, anda boleh dapatkan buku dari Sindiket SoL-Jah.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

Antara buku Bro dan Puan Isteri rampas di sini adalah (3 buku RM50) :-

  • #24 Minggu Ana Raffali – Himpunan Puisi 2013 ~ 2014
  • Joni & Rabi – Razaisyam Rashid
  • Melayu dari Marikh – Raja Faisal

Rasa macam tak puas je, Ada rezeki nak datang lagi sebelum pesta kali ini berakhir. Jom pakat ramai-ramai untuk turut serta memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ini.

Paling penting, jemput singgah ketiga-tiga booth yang Bro mention diatas.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014

    1. Dia memang sporting + kaki bahan bro… Pantang ada point, sure Bro kena bahan he…23x

      Pernah dulu nak tulis buku under dia… Tapi sampai la nie xsiap-siap.. Mood ke laut. Pernah sama-sama masuk tv under Blogger Voice

Leave a Reply

Top