You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Pas Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil Bernilai RM100 Dari Astro

Pas Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil Bernilai RM100 Dari Astro

Astro - FIFA World Cup 2014 Brazil
Astro selaku stesen penyiar rasmi PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL akan membawakan liputan yang lengkap dan komprehensif untuk acara sukan terbesar di dunia ini kepada rakyat Malaysia.

Dan ianya akan dibawa kepada anda melalui platform ‘WATCH, PLAY, READ dan LISTEN’..

Platform WATCH – Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

Para pelanggan Astro SuperPack sehingga 31 Mei 2014 menerima ‘Pas Bola Sepak’ untuk menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui saluran-saluran khusus yang disediakan.

Ianya meliputi lima saluran berdefinisi tinggi (HD) dan lima saluran definisi standard (SD) di siaran televisyen Astro dan Astro On The Go.

Bagi para pelanggan Astro yang lain dan pelanggan NJOI boleh menyaksikan kesemua perlawanan tersebut melalui pembelian ‘Pas Bola Sepak’ yang bernilai RM100 bermula dari 1 Mei 2014.

Astro - FIFA World Cup 2014 Brazil
Bersama bintang bola sepak antarabangsa – Emile Heskey

Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup™

Turut diperkenalkan buat pertama kali untuk tahun ini ialah Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup™.

Di mana para pemegang Pas Bola Sepak boleh menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung melalui tablet, telefon pintar dan komputer.

Pengalaman platform TONTON akan diperhebatkan lagi di Aplikasi Astro Go 2014 FIFA World Cup™ dengan sorotan secara langsung dari enam buah kamera pelbagai yang pasti dapat merakam kesemua aksi menarik sepanjang perlawanan.

Tambahan lagi, ciri unik penanda acara membolehkan detik-detik kegemaran diulang tayang semasa perlawanan secara langsung hanya dengan menggunakan jari.

Astro on the Go- Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

Para penonton juga boleh menyaksikan detik-detik penting setiap perlawanan dalam sudut yang pelbagai.

Terdapat beberapa pilihan yang disediakan buat mereka yang bukan pelanggan Astro untuk turut sama merasai kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil melalui perkhidmatan Astro on the Go dengan cara berikut:-

  • Pembelian Pas Bola Sepak bernila RM100 untuk menonton kesemua 64 perlawanan secara langsung di peranti pilihan mereka.
  • Buat pertama kalinya mereka boleh menonton perlawanan-perlawanan tertentu dengan sistem bayaran untuk setiap tontonan (Pay Per View) pada RM6 untuk setiap perlawanan.
  • Tonton 30 perlawanan siaran langsung secara percuma.

Stadium Astro - Ola Bola
Astro juga telah memperkenalkan www.stadiumastro.com sebagai pusat dan sumber informasi berkaitan PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL.

Platform PLAY – Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

Bagi platform PLAY, rakyat Malaysia boleh menyertai pelbagai permainan yang disediakan seperti Stadium Astro Fantasi Olabola Edition.

Permainan yang boleh didapati di www.stadiumastro.com ini membolehkan para peminat bola sepak mencipta pasukan impian mereka, melakukan pemindahan pemain, menyertai liga dan mengumpul mata berdasarkan prestasi sebenar pemain pilihan mereka.

Untuk meningkatkan debaran dan memperhebatkan lagi keseronokan setiap perlawanan secara langsung, para peminat bola sepak ini boleh menyertai permainan aplikasi “Ola Bola Football Predictor” untuk peranti iOS dan Android.

Di mana pemain dapat membuat ramalan mengenai sepakan percuma, sepakan sudut dan sepakan penalti dalam perlawanan sebenar.

FIFA 2014 - Tayangan Terhebat Astro

Platform LISTEN – Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

Aplikasi Astro GO Listen akan menghasilkan dan mengumpul kandungan terbaik Piala Dunia FIFA 2014. Di samping itu, terdapat juga berita, liputan terkini, temu bual, analisis perlawanan dan pelbagai lagi.

Platform READ – Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

Manakala platform READ pula, membolehkan rakyat Malaysia mengakses capaian kandungan daripada web dan juga majalah digital.

Untuk melanggan Astro dan sebarang maklumat lanjut, sila layari www.stadiumastro.com atau hubungi 1 300 82 3838.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Pas Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2014 Brazil Bernilai RM100 Dari Astro

Leave a Reply

Top