Parenting Blogger Dayout - IKEA
Akhirnya aktiviti seharian di The Curve terisi sehingga ke petang.

Bila dapat meluangkan masa bersama beberapa rakan dengan shopping merangkap cuci mata di IKEA. Rasa macam seronok pula bila dapat luangkan masa bersama rakan-rakan yang sekepala.

Penat bershopping,

Terus perkena Nando’s dekat IKEA. Dah lama tak perkena Nando’s. Disitu terbocor rahsia yang terpendam lama, kalau Nando’s tau pasal ini.. Habis korang he…23x

Bro bersama Puan Isteri – Iera Kan, Ruby bersama suaminya Saiful Naim dan anak mereka, Adam. Tidak lupa juga si comel bajet level akak-akak kepada Fisha – Deq Noor.

Di IKEA, Kami bertembung dengan sorang lagi rakan blogger merangkap orang kuat Nuffnang satu ketika dulu – Shah bersama isterinya. Antara blogger yang tahu kisah lama Bro he…23x

Parenting Blogger Dayout - IKEA
Ini pula “bangla” yang gaya macam dah lama kerja dekat IKEA di bahagian bungkus-membungkus.

Siot je gua kena bahan… Tapi best apa buat kerja macam nie. Lagi-lagi kalau ada awek lalu lalang tengok or ada yang berkenan nak buat calon suami ke kan he…23x

Hai adik manis…

Parenting Blogger Dayout - IKEA

Apa-apa pun terima kasih sebab sudi spend masa bersama-sama.

Lagi berusia nie macam makin susah nak hang out reramai sambil bawa anak isteri. Paling koman pun berkelah or melancong je. Kalau melencong, macam nie la.. Ikut hati nak borong satu IKEA he…23x

Masuk dalam kereta, Fisha tidur kejab then terjaga masa sampai Rawang (time nie kami on da way balik Perak).

Fisha boleh pula ajak sembang.

Dia cakap, dia happy dapat keluar dengan Adam. Dengan uncle Naim dan Auntie Ruby. Dan juga akak Deq Noor.

Akak Deq Noor?

Macam pelik je…. Pelik sangat he…23x Awet mudakah?