17,153,274 total views, 4,578 views today

Menikmati Dip ‘n Dip di The Curve, Damansara

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Kawan-Kawan Yang Kita Suka
Baru-baru ini berpeluang menikmati menu-menu yang menarik dihidangkan di dip ‘n dip The Curve, Damansara bersama rakan-rakan yang nak kahwin.

Walaupun baru sejam selepas makan di tempat lain, masing-masing tetap bernafsu untuk menikmati hidangan yang bercoklat. Apa kes? Lapar ke mengidam nie?

Apa yang menariknya di dip ‘n dip nie?

dip 'n dip - The Curve, Damansara

Bro sendiri pun tak tahu nak gambarkan macam mana menariknya menu yang dihidangkan disini. Tetapi suasana dalam permis mampu memberi keselesaan buat anda menikmati hidangan mereka.

Dari masa ke semasa,

Boleh nampak orang datang ke permis ini.

Dari pasangan bercinta, rakan-rakan mahupun yang sudah berkeluarga. Memang mampu memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat.

Menu Yang Terdapat di Dip ‘n Dip

dip 'n dip - The Curve, Damansara

Profiterole

dip 'n dip - The Curve, Damansara

Tripple Chocolate Crepe

dip 'n dip - The Curve, Damansara

Brownies Crepe

dip 'n dip - The Curve, Damansara

Fettuccini Crepe

dip 'n dip - The Curve, Damansara

dip ‘n dip Waffle

Berbaloi Dengan 10% Cas Perkhidmatan Yang Anda Bayar

Buat masa sekarang (sewaktu entry ini dimuat naik), belum disertakan GST dalam bil. Walau bagaimanapun, Bro perasan tiada dikenakan cas 6% gov tax.

Anda hanya perlu bayar 10% untuk cas perkhidmatan sahaja.

Tetapi berbaloi-baloi dengan nilai 10% cas perkhidmatan, bila anda sendiri dilayan seperti raja.

Dimana sewaktu hidangan dihantar, pekerja mereka akan menuangkan coklat cair ke atas hidangan anda dengan penuh bergaya dan anda sendiri akan tergamam seketika melihat aksi mereka.

Tak percaya? Anda boleh tonton video yang Bro rakam ini.


(Ada satu video yang Bro tak berniat nak muat naik dimana awek meja sebelah tenganga bila lihat pekerja disini menuang coklat pada hidangan kami).

Info lanjut anda boleh layari laman web mereka – www.dipndip.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “Menikmati Dip ‘n Dip di The Curve, Damansara

  1. tq bro ..hehe xdpt mkn pon xpa la.dpt tngk pon jadi la..sedpnye tngk..

    1. Ini sikit je nie, next time nak try hidangan lain pula 🙂

  2. Fettuchini paling sedapp!!! hahahaaa

    1. Tapi makan sorang-sorang tak best

  3. Hmmmm, sedapnya… terutama yang triple chocolate crepe tu… Sekejap je kalau nak melangkah dari ofis nih.

    1. Sekejab ek kalau melangkah… Berapa langkah kah itu

  4. Wahh, coklat tu dicurah2, sedapnyaaaaa. rasa dia okay x? sebab ada orang komen macam manis sangat. hehe. saje tanya, nnt boleh try.

    1. Manis tue ikut tekak sendiri.

      Macam Bro, ambil waffle disertakan sekali dengan buah-buahan seperti kiwi, strawberry, nenas dan pisang. So manisnya kurang sikit jika dimakan bersama buah ini.

  5. Penuh coklat atas makanan tu.

    1. Coklat itu yang mampu buat air liur meleleh

  6. Kalau tuang sendiri, boleh dapat diskaun tak bro? hehehe

    1. He..23x mesti la tidak…

  7. dah muak makan coklat.. teringin nanti baru pegi lagi…

  8. Cokelatnya yang belecak.Indahnya kalau ada yang sudi suap. 🙂

  9. teringinnya nak makan mcm ni..

  10. pergh triple choc tu nampak menggiurkan betul

  11. alamak…semua tuh mampu buat SA terliur..choc dia melting….aduhai..walau lambat tgok kat entry ni tp tetap buat SA teruja…nanti nak ajak cik abe dtg sini la….lupakan diet seketika

Leave a Comment