March 19, 2024

Jangan Jatuh Cinta Kerana Harta

Jatuh Cinta Kerana Harta
Jangan jatuh cinta kerana hartanya.

Harta bukan sesuatu yang kekal selamanya ada padanya. Tetapi ramai juga yang Bro kenali (jangan tanya siapa) mudah jatuh cinta kerana harta yang dia miliki.

Ini ada beberapa kes yang ingin Bro kongsikan. Malangnya, ada yang direka dan ada juga yang diubahsuai untuk nampakan dia umum kepada semua pembaca.

Jika ada yang terasa, harap diampunkan. Bukan niat nak mengaibkan sesiapa.

Kes 1

Bro : Kenapa awak pilih dia dan bukan saya
Dia : Sebab dia ada kereta, awak?
Bro : Ada bas RapidKL dan Putra LRT. Siap ada driver lagi.

Kes 2

Bro : Saya nak tahu, adakah awak akan pilih saya atau dia?
Dia : Bukan saya tak sayang awak, tapi saya rasa saya perlu pilih dia.
Bro : Kenapa?
Dia : Sebab dia ada kerja tetap dan mampu tanggung hidup saya.
Bro : Ok, saya tahu saya baru berhenti kerja. Harap awak bahagia.

Kes 3

Bro : Apa kurangnya saya?
Dia : Awak tak kurang apa-apa. Terlebih ada la…
Bro : Apa yang lebihnya…
Dia : Ada terlebih penyayang, perut terlebih. Lagipun awak sudah ada isteri dan anak. Tapi nak lebih-lebih lagi.

He…23x rasa lawak pula apa yang Bro tulis diatas. Tapi serius, benda macam ini tak mustahil terjadi (ke memang dah terjadi).

Dulu terasa perit gak bila jadi macam nie.

Alhamdulillah, mana yang terkurang tue. Kita baiki dari masa ke semasa.

Tiada kereta, kita usaha ada kereta sendiri. Tiada kerja, kita cari kerja. Ada perut berlebihan? Eh macam susah je nak hilangkan. Tanda kebahagiaan tue. Sayang nak hilangkan.

Terbaca satu status bebudak hot dekat facebook.

GF : Ayah awak kerja apa?
BF : Ayah saya doktor, sehari gaji RM20k
GF : Untungnya, mak awak kerja apa?
BF : Mak saya Manager, sehari gaji RM10k

GF : Untungnya awak.. Habis, awak kerja apa ek?
BF : Saya kerja menipu he…23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Jangan Jatuh Cinta Kerana Harta

  1. harta tu sampingan, takde harta melarat payah jugak, tapi jika harta yang dipandang, lama kelamaan akan habis jugak kan bro, biar pandang jiwa dan hati yang ikhlas menerima kita seadanya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *