April 25, 2024

Filem Sniper – Pierre Andre Taruh Pelakon Baru

Poster Filem Sniper
Pierre Andre kembali dengan sebuah lagi filem aksi selepas Satu Lawan Satu, iaitu Sniper.

Selepas kejayaan Ustaz Mu Tunggu Aku Datang dan Highland Tower, Pierre sentiasa hadir dan mencuba menghasilkan genre yang berbeza.

Filem Sniper menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Fadlan Hazim, Pablo Amirul dan Nina Iskandar. Turut sama menjayakan filem ini adalah Mikail Andre, Adiba Yunus, Nabil Razali dan Delimawati.

Filem Sniper 24 April 2014

Sinopsis Filem Sniper

Sniper mengisahkan tentang satu permainan yang telah dicipta oleh seorang lelaki misteri. Lelaki ini akan menculik mangsanya dan meninggalkan mereka dengan hanya berbekalkan sepucuk sniper serta telefon.

Lelaki misteri ini akan memberi arahan melalui telefon tentang apa yang perlu dilakukan dalam permainan ini.

Rafi (Fadlan Hazim), Ahmad (Mikael Andre) dan Jim (Pablo Amir) telah terlibat di dalam permainan yang kejam ini. Mereka terpaksa melakukannya demi menyelamatkan nyawa mereka dan orang yang mereka sayangi.

Dalam kemelut yang melanda mereka, Harlina (Nina Iskandar) telah diculik dan dijadikan tebusan di dalam permainan ini.

Gambar Babk Filem Sniper
Gambar Babk Filem Sniper

Gambar Babk Filem Sniper

Gambar Babk Filem Sniper

Kredit gambar : Deq Noor.

Trailer Filem Sniper

Review Bro Framestone tentang Filem Sniper.

Syabas diucapkan kepada Pierre Andre kerana berani tampil dengan filem genre seperti ini. Beliau berani tampil dengan barisan pelakon baru yang mungkin nampak kekok dari segi lakonan mereka lagi.

Permainan kamera mungkin perlu diperbaiki. Supaya biar nampak macam dari pandangan orang ketiga, baru nampak lebih suspen.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Filem Sniper – Pierre Andre Taruh Pelakon Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *