17,147,924 total views, 3,313 views today

Duit Keluar Lagi Banyak Dari Duit Masuk

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

Duit Kertas RM100
Zaman sekarang ini.

Lagi kuat kita mencari duit, lagi banyak sebenarnya duit yang keluar dari masuk.

Ada orang, gaji RM1,000 pun dah cukup untuk sara hidup.

Ada yang gaji RM2,00 dah cukup untuk sara hidup berdua dengan pasangan hidup.

Ada yang gaji RM3-4000, dah cukup untuk sara hidup keluarga dengan anak yang makin membesar.

Bagaimana pun dengan yang gaji RM10-20,000 sebulan?

Cukup untuk sara keluarga dan perempuan simpanan ke? Atau cover hutang piutang yang sedia ada? Bil elektrik beribu sebulan, belum lagi kes tukar tayar kereta sebijik pun dan beribu he…23x

Teringat lagi zaman bujang dulu.

Minyak Kereta

RM20 dah cukup untuk cover duit minyak pergi balik kerja dalam masa seminggu (sebab dekat je).

Bila sudah berkahwin, Boleh la nak isi minyak RM30 untuk tahan 2 hari pergi balik kerja (sebab dah pindah duduk tempat lain).

Bila keluarga mula besar sikit, Kena sentiasa pastikan mintak dalam kereta mencukupi. Sekali isi RM50… Itu baru satu bijik kereta. Belum dua kereta (suami isteri ada kereta).

Seminggu berapa kali isi? He…23x

Belum masuk kes duit kita duit dia, duit dia.. duit dia juga he…23x

Bro tak minat nak berkira-kira. Isteri itu adalah tanggungjawab. Begitu juga dengan anak mahupun isteri2 lain.

Shopping Barang Keperluan.

Jika zaman bujang dulu, sekali shopping dalam RM20-30 je. Sebab beli barang yang penting2 je.

Bila berkahwin, sekali shopping adalah dalam RM50-100 je.

Bila dah ada anak, nak pergi shopping pun jenjarang. Sekali shopping dalam RM100-300 juga la.

Bila tengok keluarga cina yang beli sampai 2 troli. Adakah dorang nie jenis shopping sebulan sekali ke apa. Sekali bayar dalam RM1,000-2,000.

Telan air liur kejab.

Bicara Bro : Kerja jangan berlandaskan duit semata-mata. Biarlah kerja dan pendapatan yang kita perolehi terasa keberkatannya. Walaupun sikit, jika berkat maka terasa cukup je walaupun xde la banyak mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 thoughts on “Duit Keluar Lagi Banyak Dari Duit Masuk

  1. Zaman sekarang ni lagi besar gaji lagi mahal barang yg dibeli. Sebab tu duit sentiasa tak cukup. Macam tu jugak dengan cukai pendapatan. Makanya, gaji banyak mana pun tetap takkan cukup. Kesimpulannya, kena pandai kawal nafsu dan bijak mengurus wang.

    1. Kesimpulannya.. Jangan on facebook & hadap online shop bila tahu ada duit nak masuk he..23x

  2. barang makin mahal sebab tu rasa makin ketara pembelanjaan kita 🙂

    1. Yup… barang makin mahal dan keperluan makin bertambah…

  3. Betul tu Bro.. Saya setuju…. Kata orang tua-tua Lagi besar periuk, lagi besar keraknya…

    1. Kena pakai periuk yang tak melekat la gamaknya

  4. yeop setuju. memang kita menabung dalam seratus dua ratus tapi masih miss. nak suruh berjimat tapi…

    paham-paham jelah.

    1. Kenkadang buat2 tak faham he..23x tau2 habis dah

  5. Itu yang kena berbelanja ikut kemampuan, jangan ikut orang . Hurmmm,.. tambah bila keluarga makin besar , memang kena banyak berjimat .

  6. betul la…masyuk sikit..keluar banyak gila..

  7. Dulu gaji Rm1500 cukup je sampai akhir bulan sekarang gai Rm4-5k pon cukup-cukup sehingga akhir bulan jugak tak berlebih pon…:(

  8. jadi, kita kena set kan supaya duit masuk lebih banyak dari duit keluar.. =)

  9. Bro dah berkeluarga, tak sama macam bro waktu bujang dulu.. Tak mengapalah sekurangnya Fisya selamat sikit dari terima mama baru.. hahaha..

  10. Jia

    Dulu masa belajar guna duit pinjaman pun dah macam2 selera nak berbelanja. Lepas ni bekerja makan gaji macam mana la agaknya. Mmg kene kawal perbelanjaan.

  11. Ahh malas pikir.. tension.. Tau tau habis je duit.. hehehe

  12. sikit duit cukup sara 10 anak psal adanya keberkatan…

  13. kalau tak pandai urus kewangan..memang macam air la duit gaji yang dapat tiap2 bulan tu bro..cukup bulan asyik tak cukup je…heee

  14. Rasanya kena tahu cara pengurusan kewangan yang terbaik. Memang betul, ada orang gaji rm2000 pun boleh survive di kawasan bandar ni berbanding dengan orang yang gajinya rm4000-5000. Mungkin kena lebih bijak mengawal nafsu berbelanja?

  15. Kalau gaji banyak duit x halal x guna juga..

  16. memang kena ada perancangan. dulu masa takda anak tak terasa sangat. sekarang ngan anak kembar, kena la pandai2 bajet kewangan

  17. Betul tu..banyak mana pun nilai wang itu jika tidak berkat sentiasa tidak akan rasa cukup..tetapi jika duit yang kita dapat itu berkat..sikit macam mana pun akan sentiasa cukup..

  18. Merancang ekonomi keluarga penting. Zaman sekarang pasangan muda suami isteri bekerja boleh ringankan bebang kewangan keluarga. Kalau pergi membeli belah perlu buat senarai begitu juga pergi makan diluar sudah pelan menu apa yang hendak dimakan. Bukan duduk dimeja hendak berfikir menu salah satu sebab boleh lari bajet untuk menu yang tidak sepatutnya.

  19. dulu makan sorang sekarang makan dua orang akan datang makan tiga orang……

  20. Sikit cukup, banyak tidak membazir. Setiap kerja perlu diniatkan semata-mata kerana Allah SWT barulah berkat.

Leave a Comment