17,149,470 total views, 774 views today

Catuan Air Diteruskan Sehingga Ramadhan Dan Syawal

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)


Catuan bekalan air akan berlarutan sehingga tiga bulan lagi berikutan kapasiti takungan air di empat daripada tujuh empangan di Selangor masih di tahap membimbangkan.

Dimana bacaan di empangan terbabit masih di bawah paras 55 peratus.

Ini bermakna, sehingga bulan Ramadhan atau Syawal catuan ini diteruskan.

Walaupun baru sebulan lebih catuan air dilaksanakan secara berperingkat. Yakni 2 hari ada air, 2 hari tiada air. Boleh terasa kesannya, terutama yang memerlukan air lebih untuk menghilangkan bau badan he..23x

Tak kan nak sembur minyak wangi satu botolkan.

Walaupun terdapat lori yang mengagih air di kawasan-kawasan tertentu. Berapa baldi la yang kami larat nak angkat.

Bro sendiri pun walaupun baru ada anak sorang. Terasa juga…. Walaupun air yang ditakung bertempayan-tempayan (guna tong air yang besar). Itu pun masih tak cukup kecuali kalau sehari mandi sekali or berry (berak) sekali.

Bak kata rakan Bro, “Nak kentut pun, rasa segan” bila terkena catuan air nie.

So cara terbaik, apa kata ubah jadual catuan ; sehari ada air, sehari lagi tiada air.

Sian tengok orang yang berkeluarga + keluarga yang berniaga + budak-budak bujang yang duduk serumah macam tin sardin.

Bicara Bro : Terkejut tengok bil air bulan lepas. Banyak tue….!!!

Sedangkan bulan lepas boleh kira dengan jari beberapa hari je kami ada dekat rumah. Pelik bin Ajaib. Harap pihak Syabas boleh menjawab persoalan ini ek.

Apa la sangat diskaun RM5 yang selama ini diberikan jika, bil yang kami terima baru-baru ini (walaupun dah ditolak RM5) terlalu tinggi dari kebiasaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “Catuan Air Diteruskan Sehingga Ramadhan Dan Syawal

  1. Dugaan bro air tak ada… Harapnya tak berlarutan dan dalam masa terdekat masalah ini pulih. Den kalu balik KL pun biasa mandi secedok dua je air kolam… -_-

  2. Harap catuan air tidak sampai ke daerah Sabak Bernam… Huhuhu..

  3. wah..kalo guna air skit tp masih perlu bayar banyak kena check balik tu..

  4. Alhamdulillah di kawasan rumah saya dah takde catuan..catuan bulan mac haritu fuhh jadikan kita insaf..baru tau hargai air..jimat jom..

  5. Jakpor

    Jakpor stress taww…da la umh Jakpor umh flat…kejap jee abis air lam tangki…nk berry pn skrng pegi msjid…

  6. memang stress kalau konflik air nie….sepatutnya catuan selang sehari bukannya selang dua hari….

  7. memang stress bila air kena catu ni…kalau kejap takpe…ni da lama da…

Leave a Comment