You are here
Home > Gathering Geng Blogger > Bowling Bersama Blogger Lelaki Bujang Trang Tang Tang

17,281,392 total views, 2,922 views today

Bowling Bersama Blogger Lelaki Bujang Trang Tang Tang

Bowling Blogger - Plaza Alam Sentral
1st time gua join gathering blogger main bowling dan yang main semua lelaki. Dah kahwin pula tue.

Suwey kojab rasanya.

Dah la 3x tukar vanue dalam masa 24 jam (Apa punya penganjur la nie, sebab itu gua dah lama aim nak gulingkan dia dari jawatan president Kelab Blogger Coffee Talk).

Akhirnya Plaza Alam Sentral menjadi pilihan.

Kenapa?

Sebab harganya murah. 2 Game = RM13.60.

Eh, tadi gua rasa, gua hulur RM15. Balance mana nie beb.. Tak suka la penganjur macam nie. Dah la anjur main bowling. Datang melengang je. Stokin pun beli dekat kaunter.

Hang datang nak main ke nak apa?

Bro Framestone - Bowling
Niat gua, datang nak support dan usha je. Lagi-lagi dengar Deq Noor ada sama (ehemmm bukan ada apa2.. Tapi ada benda yang Bro nak hulurkan pada dia, takut esok tak sempat).

Apa kan daya.

Gua plan elok-elok nak usha je. Tapi bila tengok dorang macam nie, maka gua rasa, gua perlu masuk campur untuk menceriakan suasana.

“Baju oren, bola pun oren”, kata Anarm.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi hadir – Melastik Bintang, Anarm, Syukri Tahir, Datin Tyka & Deq Noor (kejab je datang, then blah tak datang-datang balik)

** Ada orang cakap dia menang? Adakah dia sedar yang 1st game hanya sesi memanaskan badan je. 2nd game tue la penentunya. Tak percaya, boleh tanya Syukri Tahir yang bengkek bila nampak mimik muka gua xde perasaan asik dapat strike & spare je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

23 thoughts on “Bowling Bersama Blogger Lelaki Bujang Trang Tang Tang

Leave a Reply

Top