March 29, 2024

Berkawan Dengan Orang Berjaya

Abang Ensem
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, “kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya”.

Begitu juga kalau kita nak kenal anak kita sebenarnya macam mana. Maka kenalilah rakan-rakan yang selalu bersama dengannya.

Sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda.

Tak percaya?

Denaihati MSMW2014 iPad Mini

Bro rasa, rakan-rakan blogger yang rapat dengan Denaihati (contoh je nie tau) kebanyakan berjaya dalam apa bidang yang mereka ceburi. Kenapa mereka boleh berjaya?

Berapa ramai rakan blogger yang beliau berjaya ketengahkan melalui gathering blogger mahupun kelas blogging yang dianjurkan beliau.

Belum termasuk, aktiviti santai seperti mengeteh, minum petang, makan cendol, makan durian dan aktiviti lain yang membolehkan mereka berkongsi cerita atau perancangan semasa.

Pastinya mereka turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka juga.

Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.

Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya.

Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan.

Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Bicara Bro : Gua masih mencari personaliti dan karisma yang dulu pernah ada dalam diri ini. Ketika gua berada diatas dulu, tetapi gua sanggup lepaskan sebab nak pilih jalan kehidupan yang berbeza.

Atau mungkinkah gua tak boleh nak lari dari kehidupan gua dahulu?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Berkawan Dengan Orang Berjaya

  1. Bro dianggap sebagai salah seorang blogger berjaya, yang berjaya membina nama dan karisma dalam bidang ini seperti juga Tuan Denaihati dan Abang Ensem.. Tahniah Bro..

  2. Assalammualaikum… bro,

    moga2 bro menjadi insan yg lebih berjaya, jika berkawan dengan orang yg berjaya. Insaallah.. “winners never quit,quiters never win..”

    mselim3

  3. yeop memang nak bekerjasama dengan semua blogger tapi halangan demi halangan yeop terpaksa ikuti untuk berjaya.

    sebab tu yeop perlukan pembantu peribadi yeop untuk membantu yeop berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

    insya-Allah

  4. yup. mmg betol tu. bukan senang nak senang bukan susah nak susah. dalam membina kejayaan pasti akan ada halangan yg datang. semangat juang yg membara perlu ada jika kita inginkan kejayaan ;-)

  5. Betul tu..kita perlu berkawan dengan mereka yang berjaya dan juga mereka yang tidak berjaya agar kita boleh membimbing mereka yang tidak berjaya untuk berjaya..

Leave a Reply to sharina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *